Pages

Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Gambar Pixajoy Dah Sampai!

Bismillah...

Saya ada sebut dalam entry ini saya cuci gambar guna Pixajoy. So, hari ni gegambar dah sampai. Yeay!!

Nice wrapping. Siap ada plastic bubble lagi. Memang gambar takkan pecah. Hehe

Few pictures. Ada 96 keping semuanya
Okey. Nampak x 1 gambar dalam kotak tu? Ha, kotak tu boleh jadi frame tau. Masa gambar sampai, gambar tu diletakkan dalam 2 kotak. 1 kotak frame dan lagi 1 kotak cover untuk gambar. Bagi saya sangat convenient okeyh. Mula2 saya fikir gak, nanti kena beli album la untuk simpan gambar2 tu. Kalau x, nanti berterabur kan. But since dia dah letak dalam kotak yang cantik (siap boleh buat frame-belakang kotak ada kaki macam frame gambar), saya is happy la. Bab album saya KIV dulu, sebab nak tunggu lepas majlis kahwin. Motif? Sebabnye, mungkin ada tetamu yang datang bawak hadiah album gambar. Haha. :D  (kalau xde gak, saya tunggu la majlis bertandang plak. Haha)

Lepas dah dapat gambar2 ni, rupanya Pixajoy bagi lagi kupon Purchase with Purchase. Wah! Dia bagi 45% to 47% off for Photobook dan diskaun untuk kalendar jugak. Wuuhu. Suka! Tapi saya x grab lagi sebabnya macam dah xde gambar menarik untuk dicuci. Hehe

Untuk kualiti gambar, overall saya berpuas hati. Bab kata kawan saya, gambar2 nampak tahan lama/lasak (berbanding gambar biasa). Mungkin sebab Pixajoy guna art paper kot.

Ada few pictures yang saya kurang puas hati sebab dalam laptop nampak cantik, tapi bila kat luar nampak kureng. Huhu. (Yang ni xsure salah siapa :D). Tapi bak kata saya kat atas, overall saya puas hati :)

Tu jer nak citer. Till then, bye ;)


Tuesday, November 5, 2013

Pixajoy: Pix-a-joy

Bismillah...

Sekarang tengah cuti mid semester. So, saya sangat jarang on9 guna laptop. Okey, xde kaitan dengan tajuk. Haha.

Semalam kan, saya tengah on9. Tiba2, saya kan, saya terbaca kat satu blog ni, blogger tu cakap Pixajoy buat promo... Woooo. Pastu kan, saya pon pergila dekat web Pixajoy, saya pon nampak ni


Please take note that they use Art Card 230gsm
   
Murah kan! 25 sen sekeping. Kalau kat kedai biasa, mahu 50 sen gak sekeping. So, saya pon grab laju2 sebab kena beli voucer/kupon tu sebelum habis 4 November (semalam). Masa tu dah pukul 9 pm lebih kot. And mujur jugak dia bagi guna BIMB Internet Banking. Hoyeah! Dalam kepala nak print gambar bertunang dulu. Sebab hard disc laptop saya pernah rosak, jadi banyak gambar bertunang hilang. *Nanges* Mujur sepupu saya ada upload di Fb dia, so trace balik mana yang tinggal. Tu yang saya nekad nak cuci jugak gambar tu.

Saya amek yang saiz 4R dengan matte lamination untuk 96 keping gambar. So, total harga RM23.90+RM8 postage = RM31.90 je. Bagi yang tinggal di Kedah, lagi jimat x payah bayar postage sebab anda boleh pick up je gegambar tu di Pejabat Pixajoy.

Under My Project: AnuaRazini E-Day



Kalau ikutkan, tarikh untuk beli kupon memang tamat semalam. Tapi tarikh untuk gunakan kupon tu sampai 26 Disember 2013. Laaaama lagi tuh. Well, since badan saya ada hormon Adrenaline yang selalu menyebabkan ke"excited"an saya melimpah ruah, maka saya pun siapkan projek saya terus semalam. Haha. Before upload gambar ke Pixajoy ni, haruslah edit2 dulu gambar kan. Tu yang pi mai pi mai lebih kurang 2.30 pagi gak la baru siap. Huhu


Plus, ada sedikit problem yang menyebabkan ketidakpuasan hati saya sebenarnya. Tu yang sebabkan saya amek masa yang lama tuk siapkan projek tu. Em.. Mungkin sebab first timer cuci gambar online kot. Heee. Okey, ce tengok gambar projek saya tu. Perasan x ada line merah? Ha, nanti masa dorang nak cuci gambar, dorang akan cuci ikut line tu. Which means, kalau kepala korang x termasuk dalam line merah tu, gambar xde kepala la yang korang akan dapat. Lagi satu, perasan tak dia ada tulis "High quality picture" kat tepi tu. Tu okey la. Ada beberapa keping gambar saya dia tulis "Low quality picture" (siap dengan tulisan merah bak hang!). Masalahnya, benda ni saya hanya tahu lepas saya dah cukupkan 96 keping gambar! Jenuh gak la nak edit balik, buang yang mana perlu. Haish. Patut warning la awal2. Hmm (ke saya yang x nampak eh?)

Total up gambar bertunang nye lebih kurang 50 keping je, yang selebihnya gambar masa majlis bertandang sedara saya. Kekeke

Sekarang tengah tunggu hasilnya. Mungkin 4-6 hari bekerja (hari ni cuti Awal Muharam). Can't wait >_<

Till then, bye!

Thursday, October 17, 2013

Takwim Penggal Persekolahan 2014


Bismillah...

Bagi B2B yang masih tercari2 tarikh untuk majlis tahun 2014, bolehlah refer sini (Sumber dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia). Atau, tengok je bawah ni :)

Kumpulan A: Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

Kumpulan B: Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

Well, takwim kat atas ni kalau diteliti hanyalah ada tarikh persekolahan dan cuti penggal. Banyak lagi tarikh2 cuti penting di Malaysia tak ada dalam ni, termasuklah cuti Tahun Baharu Cina, cuti Aidilfitri, cuti Deepavali dan sebagainya. Ok, buat sedikit research, jumpa ini. 



Dan ini.



So, sekarang tinggal pilih je tarikh hari bahagia anda. Goodluck! ;) 

P/s: Masih berharap ada lagi cuti tersembunyi. Hehe

Tuesday, October 8, 2013

Saya Menang Kuiz !!

Bismillah...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. =')

7 Oktober 2013, saya diberikan rezeki oleh Allah. Rezeki untuk berbahagia, alhamdulillah. =')

Okey. Ceritanya macam ni. Since I'm getting married a few months from now, banyaklah page bridals dan perkara yang berkaitan kepengantinan yang saya like, termasuklah page Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event (tekan link ini untuk ke page Fb mereka). Well, biasalah B2B. Kerja duk skodeng hal2 kahwin sana sini kan. Hehe. Dan memandangkan page ni ada buat kuiz untuk bakal pengantin, saya pon tick la kat bahagian setting page tu untuk terima notification kalau ada apa2 update. So, tak de lah saya terlepas apa2 yang menarik kan. Nak dijadikan cerita, few days before, page ni ada war2kan bahawa mereka akan buat 1 kuiz-a-thon buat B2B pada hari Isnin.

:)


Since saya masih belajar, dan kebetulan hari Isnin jadual kelas saya agak penuh, saya x berharap sangat pun nak join kuiz ni. Tengok poster kat atas pun macam "sebelah mata" je. Kang letak harapan tinggi2, kalau melepas tak senang duduk pulak kan. Lagipun saya tahu yang saya mungkin x dapat online masa diorang release kuiz tu. FYI, kuiz mereka biasanya dalam tempoh 30 minit je. Yang mana kalau saya terlewat walau seminit, chance untuk menang tu adalah tipis. Huhu. Alih2, bila saya balik kelas tengahari, dapat notification Fb yang page mereka ada share something.

:)

Saya mula-mulanya just oh. Haah. Ada kuiz hari ni (dah terlupa sebab hari tu take take note sangat). Dalam hati masih x berapa berminat sangat sebab rasa belum bersedia. Tiba2 tertengok yang poster kat atas tu baru di share lebih kurang 32 minutes ago. Dan bila saya buka page Pameran Pengantin tu, they haven't release the quiz yet! Wah. Wah. Wah. Terus terasa bersemangat sebab kuiz mungkin keluar bila2 masa je dari masa tu.

So, perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya, tengok sape penaja. Based on previous quiz, saya perasan yang mereka akan keluarkan soalan berkaitan penaja. Jadi apa lagi. saya buka page I.S Bridal Professional Wedding Planner (tekan di sini untuk ke page penaja) buat "research" siap2. Dan secara logiknya (ditambah pengalaman join kuiz sebelum ni), otak cakap soalan yang akan ditanya tak lain tak bukan mesti alamat penaja. Yelah. Itu je yang nampak macam susah tapi senang kan. Takkan mereka nak suruh bilang berapa banyak baju yang ada dalam page penaja kan. Susah tok. Kekeke

So, lepas dah fikir secara logiknya, saya pon bertindaklah dengan warasnya. (ayat skema gittew). Saya like page penaja siap2 dan copy alamat butik penaja siap2. Next step? Tungguuuuuuuuuu kuiz keluar. Hu. Masa tu sakit perut pun ada. Tapi x boleh. Kalau tinggal ni, kang terlepas nyesal ko. Haaaa. Tahan jela kejap. :D

Tunggu punya tunggu.......

Lebih kurang sejam kemudian.......


Gambar dah di edit sedikit :D
Berdebar. Tangan bagai terketar2. Okey tenang Zini, tenang.

Saya baca dia punya soalan seimbas lalu (sebab dia punya soalan bagai dijangka, dan syarat pun sama macam previous quiz). Oleh kerana saya dah copy alamat dan dah like page penaja tadi, saya tinggal paste je alamat tadi kat komen poster kat atas ni. Then, cepat2 share poster tu, like gambar, shout kat page penaja: Saya Nak Baju @I.S Bridal Professional Wedding Planner ". That's all.

Lepas dah tahu result, saya tukar setting dari Friends kepada Only me. :)

Since dia punya masa pertandingan hanyalah 30 minit, masa menunggu result pun taklah lama sangat. Takdelah join hari ni minggu depan baru tahu menang ke tak kan. Dalam tempoh menunggu tu, berapa kali jugaklah saya buka link share tu. Tengok peserta lain bagai. Sebabnya, risau kedudukan tergugat. Haha (masa saya share, komen sume tu, saya yang first). Kot la tetiba rupanya ada yang lagi laju dari eden, menangis jugak kan. Huhu

Lebih kurang 30 minit kemudian.....

Saya menang!!!! :D
Alhamdulillah. Bahagia sangat semalam ='). Hadiahnya ialah saya dan Pak Tam akan dapat sewa sepasang baju pengantin secara percuma. Lega sebab dah tak perlu fikir pasal baju bertandang nanti. Since syarat utama dia peserta mestilah menetap di sekitar Kuala Lumpur, saya memang kena pakai baju tu nanti untuk majlis bertandang ke Puchong. Sebab majlis belah perempuan akan dibuat di Kelantan. Jauh sangat dari Kl tu. Huu.

Dan alhamdulillah hati rasa gembira lagi sebab insyaAllah nanti dapat juga saya merasa pakai baju dari bridal. Yelah. Yang belah saya kan x sewa dari mana2 bridal =')

Sekarang tengah tunggu update dari penaja. Harap xde masalah la kan =') Masa menang tu, teringat kat bloggers lain yang berjimat untuk majlis kahwin mereka by joining the quiz. Ada yang menang bunga tangan (Hb), veil, macam2 la. Jimat selagi boleh, insyaAllah ;) Bila saya cakap kat Pak Tam, dia pun cakap, "join la lagi." Hahaha. Adoi

Lagi satu yang buat saya rasa happy tang menang kuiz ni sebab, bila sebut dapat pakaian ditaja ni, terus rasa macam retis. Hahaha


Till then, bye ;)

Update: Saya dah kol penaja, dan mereka minta saya pergi ke butik untuk fitting. Alhamdulillah lega. =')

Thursday, August 29, 2013

Anda Berhutang? Baca ini.

Bismillah... :)


Sedikit perkongsian yang bermanfaat buat semua pemiutang :)

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.


Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.

Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…

Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…

Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.

Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
11 Julai 2011
10 Sya’ban 1432
Damansara Damai

Klik untuk sumber :)

Thursday, July 18, 2013

Dah Dapat Tengok Result, Alhamdulillah =')

Bismillah....


Dah 2 hari kot tido termimpi2 kan result exam. 2 hari lepas (16 Julai 2013) kawan2 fakulti lain dapat result. Semalam plak (17 Julai 2013) kawan2 satu kos dapat result. Mine masih x dapat dilihat sebab ada hutang. Dan ada konflik sket kt rumah sebab umi minta xpayah bayar lagi. Tapi, sebab risau kot2 ada subjek yang perlu ditebus (C-), saya dah buat muka semalam. Mungkin sebab itu, abah bagi RM873 untuk bayar yuran. Lepas dah bayar (guna internet banking), masih x boleh tengok result. Waaaaaaaaa. Makin jadi risau, takut2 tersalah steps and takut salah bank in pada orang lain. 


Petang dan malam semalam duk asyik reload result tapi xdapat2. Tadi alhamdulillah dah dapat check. Perkara pertama yang dicari: Subjek C- sebab hanya ada 2 minggu kot untuk tebus. Before tu dalam kepala risau sangat pada Subjek Immunology Dr. Hayati and Basic Biochemistry Dr Sim Kae Shin and Dr. Gokula Mohan sebab hari tu siyes rasa down pada 2 papers ni. (Nanti kalau kena repeat, segan nak jumpa balik Dr. Gokula sebab hari tu dia dah puji saya. Huuuuu). Tapi bak kata Dr. Fatimah Syarha dalam bukunya, manusia cepat sangat risau pada benda xpasti. Allahhhh T_T

Tak ada result yang dapat C+ ke bawah, dan subjek yang distudy pukul 1 malam sebelum exam dapat A (subjek Ulum Quran). GPA dan CGPA menaik walaupun sikit, Alhamdulillah. Kawan2 yang rapat mesti tahu betapa saya down pada musim exam hari tu. Sebelum exam ada la ayat "Saya dah xnak belajar... Nak duk rumah tanam jagung...". Kepada Allah ku panjatkan syukur. Kepada kawan2, keluarga dan tunang ku sangat2 berterima kasih pada kalian atas tunjuk ajar, nota, sokongan dsb. Kepada Umi Abah, er. Kena pergi buat sesuatu untuk tebus balik pasal semalam =')

Result segan nak ditunjuk. Hehe
Allah jua yang lebih tahu apa yang terbaik buat kita kan? Moga2 nikmat yang saya dapat hari ni bukan istidraj =')

Friday, July 12, 2013

Ramadhan Kareem ^_^


Bismillah... :)

Alhamdulillah, hari ni 12 Julai bersamaan 3 Ramadhan. Maksudnya pejam celik pejam celik dah 2 hari Ramadhan berlalu kan. Hari ni bakal menyambung perjuangan di hari ketiga. Dah ada yang berkira-kira berapa hari lagi nak raya? Meh aku cepuk laju2. Hehe. 

Teringat semasa di Asasi Pengajian Islam Nilam Puri beberapa tahun lalu, ada pensyarah ceritakan suasana Ramadhan di Timur Tengah. Daripada situ, barulah saya tahu, biasanya apabila bulan Ramadhan, masyarakat di sana akan saling mengucapkan "Ramadhan Kareem" sesama mereka. Dan si penerima ucapan pula akan membalas "Allahu Akram" yang bermaksud Allah lebih Mulia :). Seronok kan sambutan Ramadhan mereka. Ucapan yang saya kira menghidupkan lagi Ramadhan. Kita di Malaysia, belum puasa pun lagi, promosi Aidilfitri sudah terlihat di kaca TV -.-" Tapi bak kata orang, lain padang lain belalang kan. Semoga Malaysia suatu hari nanti akan lebih kondusif untuk kemuliaan bulan Ramadhan berbanding hari raya. Amiin =')



Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas kekhilafan yang pernah saya lakukan. Mari saling memaafkan agar ibadah dapat ditunaikan dengan lebih tenang. Maafkan saya ya  ;)

Berikut saya selitkan status Facebook Ustazah Fatimah Syarha bertarikh 9 Julai 2013: 
"Siapa berpuasa ramadhan dengan iman dan 'cari sungguh-sungguh', pasti diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." 
{HR Bukhari Muslim}

Peluang baik!
Nak tak menjadi bagai kain putih kembali?
Hmm. Apa lagi?

Moga kita ada 'bright start' tonite, insya Allah.

Apa nak buat malam ni?

Duduk.
Tulis.
Atur.

Masih belum terlambat untuk kita menjadi bagai kain putih kembali. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini, di mana ganjaran pahala digandakan dan dibuka pintu taubat seluas-luasnya. Ayuh gapai redha Allah. Rancang masa kita, biar benar-benar terisi dengan perkara yang baik-baik. (Nasihat untuk diri saya juga). Saya doakan kita semua berjaya peroleh ijazah taqwa. Amiin =')

Beberapa tips bergambar. Sumber: Facebook The Muslim Show
6th Sense =')





Friday, July 5, 2013

Syarat-syarat GA yang Tidak Munasabah? Em


Bismillah.. :)

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk terus bernafas sehingga ke saat ini. Moga2 Allah izinkan kita semua menyambut Ramadhan dan beraya dengan penuh bekalan taqwa. Amiiiin =')


Okay, balik kepada tajuk. Apa yang saya maksudkan dengan tajuk? Apa itu give away? :)

Give away ialah suatu trend dalam dunia blogger yang mana kalau kita tepati syarat2 yang blogger tetapkan, ada kemungkinan kita akan dapat hadiah yang disediakan. Maksudnya kat sini, rukun GA ada 3: Blogger, syarat-syarat tertentu, hadiah. Tu dia. Saya siap bagi rukun habaq hang! Kalau diperhatikan, dah menjadi trend dalam dunia blogger untuk buat give away bagi melariskan blog mereka. Rasanya tak ada masalah dengan niat itu. Selagi tidak melanggar syariat (contoh guna ubat pelaris dll), itu tidak mengapa. Masih boleh diterima akal yang waras. So, apa masalah yang saya nak highlightkan?

Masalahnya kat sini ialah bila ada blogger meletakkan terlalu banyak syarat untuk join GA mereka. Setakat follow blog mereka, like fanpage mereka, follow twitter mereka (biasanya yang ni tak wajib), itu langsung tidak menjadi masalah (sekurang2nya bagi saya). Tapi yang menjadi masalahnya ialah bila blogger nak buat GA dengan hadiah yang agak grand, mungkin dengan bajet yang kurang atau mungkin memang mereka dah berpakat dengan geng blogger lain, menyebabkan syarat-syarat yang diletakkan menjadi terlalu rumit dan annoyed. Dengan bahasa mudahnya, INI YANG JADI MASALAHNYA!

Saya pernah jumpa GA yang disponsor, yang mana bila tengok syarat-syarat asasnya, saya terasa nak join. Tapi bila tengok syarat kembangannya terus rasa sangat ~~~~~~ . Macam saya cakap kat atas, setakat follow blog, like page blog, follow twitter its okay. Tapi bila kena follow blog sponsorSS (ada yang lebih 10!), like pageSS sponsorSS, buat entry khas, and kena back link kepada blog owner GA, itu rasanya agak kurang sopan lah bagi saya. Bagi saya, macam x best la bila kita follow blog orang secara terpaksa. Dan saya percaya, bila kita follow blog orang secara terpaksa, tendency untuk kita ambil manfaat daripada blog tu adalah kurang. Macam saya, dah umur 20++. Xkan nak follow blog budak sekolah menengah yang bila kita lawat blog dia, duk cerita masalah dengan crush dia yang sekolah menengah jugak. Yang macam alahai... (agaknya macam ni lah perasaan older people yang baca blog saya. haha) Bukan nak pinggirkan yang muda, tapi bagi saya, saya akan follow blog yang benefits me, yang kena dengan minat saya, yang bila saya rasa tepu dengan bacaan ilmiah, saya boleh release tension dengan baca blog dia. Boleh rujuk entry pertama saya yang ni untuk tahu antara tendency bacaan saya. .  We are what we eat, and we are what we read ;)

Mungkin ada yang akan fikir, ala, kalau x nak join, xyahla join. Duk diam-dia sudah. Saya akan jawab: Dah tu, ni blog saya xsuka baca duk diam-diam sudah. Haha Yup, memanglah itu hak mereka untuk buat GA macam mana yang mereka nak. Tapi bagi saya, sudilah kiranya kalian terima nasihat saya untuk memudahkan syarat GA kalian. Yang saya percaya, orang akan terasa lebih lembut hati untuk join dan lebih rela hati untuk follow. Adil bukan? ;)

Senyum :)
Ini sekadar pandangan saya yang mana mungkin ada salah silapnya. Mohon maaf bagi sesiapa yang terasa. Kita sama-sama tampung kekurangan okeyh? ;)

Thursday, July 4, 2013

Cuti Semester 2013/2014 :)

Bismillah.. :)

Alhamdulillah, dah selesai exam semester empat. Last paper 25 Jun 2013. Moga Allah lembutkan hati pemeriksa skrip jawapan, dan berikan keputusan yang terbaik buat saya. Amiin =')


So, dilema yang melanda diri musim cuti camni ialah, aku nak buat ape?? Waa. Terasa sangat buang masa duk rumah goyang kaki ja. Ada juga usha kerja kosong, macam part time sana sini. Tapi entahla.. Terasa banyak pula halangannya. Em..

Lepas 25 Jun hari tu, sempatla pergi Sarawak kejap, jalan2 kat sana. Itu pon untuk 4H3M je. Macam nak buat entry khas untuk cerita pengalaman and prosedur ke sana. Tapi USB handset entah tersimpan kat mana. X best nak buat blog tanpa letak gambar. Huu. 


Perkembangan lain, projek DIY patch lace kat baju raya sendiri pon dah siap. Tinggal jahit pearl n hiasan tambahan. Xdapat nk proceed sebab belum berkesempatan pergi ke pekan untuk beli barang2 tu. Rugi pulak x beli siap2 masa beli lace di Kedai Bunga Reben di Jalan Tar hari tu. Nak proceed jahit patch lace+pearl+bunga di baju adik plak, ada masalah jugak. Baju raya depa x siap lagi. Waaaaaa :'( Dah bosan duk rumah tanpa buat apa2... Hm.... Ada kawan minta buat tutorial cara jahit lace tu. Maaf sangat2. Xdapat penuhi sebab peralatan menDIY patch lace x cukup. huu. Mungkin boleh google daripada rakan blogger lain ya ;) And FYI, antara sebab saya DIY lace ni ialah, sebab saya nak belajar and berlatih jahit lace sendiri, before saya apply pada dress kahwin nanti ;)

Ni masa belom siap jahit  lace. Nampak kan benang masih bertali pusat di  baju. Teheehe. Saya jahit lace gold pada baju kelabu/silver sebab kain dia ada corak warna gold :)


Kat bawah ni jadual kalendar akademik sesi 2013/2014 Universiti Malaya. Bayangkan setapa lama lagi saya kena goyang kaki sebelum semester baru bermula. Hari ni baru 4 Julai 2013. 9 September 2013, cepatlah datang ='(


Monday, June 24, 2013

SEGMEN TOPUP 48 JAM BY DEDEQ [PART 2]


Bismillahirrahmaani rrahim.. 

Ok, pagi ni nampak ada segmen topup2. Before ni pon dah banyak nampak ada segmen itu ini kan. Ada yang saya join, dan ada yang saya abaikan. Malas nak join. ngehehe. Lagipun prize dia buat saya jatuh hati sebab sekarang kredit tengah RM0.00. Haha. And lagi 1, saya xpernah ada peplum =')

So, ini lah segmen tu:

Sila klik sini untuk pergi ke blog pembuat contest ye :)


Follow je steps yang dia bagi... dan, berdoa moga2 ada rezeki ;)

Tarikh tutup: 25 Jun 2013

See ya!

Sunday, June 16, 2013

Hari yang menyedihkan =')

Assalamualaikum..

Hari yang menyedihkan? Lebih tepat lagi, hari lahir yang menyedihkan. Happy Belated Birthday buat diri. Tabahlah menghadapi ujian =')

Kenapa makin tengok gambar ni rasa makin sedih? ='(
Sabar.

Saturday, June 15, 2013

Ambil kisah atau abaikan??

Assalamualaikum...


Mata masih belom mengantuk walaupun jam dah menginjak ke pukul 3.11 pagi. Student life. Biasalah. Bila malam susah tido, pagi susah nk bangun. Sebab tu saya selalu bangun lambat. Lagipun sekarang musim exam. Lagilah x boleh tido awal sebab dah biasa berjaga malam untuk study subjects exam baca blog orang kawen.

Ambil kisah atau abaikan? Apa yang nk dikisahkan dan apa pula yang nk diabaikan? :)

Banyak sebenarnya. Tentang perwatakan seharian, tentang apa yang dimakan, percakapan dan sebagainya. Tapi apa yangg saya nk highlight kan di sini, dalam saya duk mengusha blog B2B yang lain pagi ini, saya banyak terbaca ayat "jimat selagi boleh", "jangan lari bajet" dan seangkatan dengannya. Tiba2 saya jadi teringat kat ayat Pak Tam (Gelaran tunang saya. Saya x suka dgn panggilan ni sebenarnya, haha. Tp sebab macam xpe la. Gelaran dlm blog boleh kot. Jimat selagi boleh. Remember? *ok, xde kena mengena. :D ) :

Pak Tam: baik.. beli tuk sy ala2 kdr pn xpe.. sy xkisah.. serius.. sy yg penting.. awk je.. awk snyum pn dh baik dh.. :')
Me: sweet ='). sy amek gmbar senyuman, letak ats 9 dulang :D
Pak Tam: kalau blh wt gtu.. pn dh ckup..

Oh my =')
(perbualan di pm fb tentang soal barang hantaran kahwin. saya copy paste je)


Apa yg nak dihighlight kan kat sini lagi, betapa berbezanya kami. Saya seorang yang agak cerewet sebenarnya. Cerewet dari segi barang. Terlalu nk jaga pandangan orang. Walau sedar diri belum bergelar mampu, tp high taste tu ada. Teringat perbualan dengan umi di KLIA:

Me: Xpela kakak tukar beg ng along pun.. Nanti kan kakak dpt beg hantaran kawen lg.. So handbag ni tukar dengan beg along pon xpela.
Umi: Baik x payah tukar.. Bagi je terus kat along. Kakak kalau tukar beg dgn along tu, xde nye nak bawak beg along tu ke sana sini kan?

See? Umi pon dah kenal anaknya =')
(Perbualan tentang menukar handbag berjenama (murah je pon) dengan beg kakak yg biasa2. InsyaAllah ada rezeki nanti, nk hadiahkan kakak 1 beg. Ayat perbualan dgn umi adalah lebih kurang)


dan teringat pula ayat pedas besties saya: 

Me: Aku jenis yang xboleh kalau ada bunyi tentang majlis aku nanti.. Ke aku yg terlalu ambil kesah ha?
Besties: Aku perasan ko terlalu ambil berat ttg pandangan orang ni.. Risau sangat pasal apa org nak cakap.. Mulut orang susah nk tutup.. Kita bukan dapat puaskan hati semua orang pun..

(again, ayat lebih kurang)

=')

Kadang2 rasa kesian pula pada Pak Tam sebab dapat saya.. Rasa membebankan dia tu ada, tp entahlah.. Ada time memang saya beli sesuatu barang branded sebab rasakan lebih berkualiti + lebih best utk diguna, and selalunya beli masa sale. Kat Sogo kan selalu ada sale. Tapi macam haish. Sifat yang xboleh dipupuk sebenarnya, sebab kadang2 bila tgk barang yg cantik tapi jenama biasa2 macam entah. Contoh paling mudah, baju kanak2. Kat Tesco Bukit Beruntung (Rawang, Selangor) banyak je baju kanak2 yang harga RM10 tapi cantik2. Baju Kiko kat Sogo juga yang saya teringat (yang harga lebih kurang RM17 masa sale, kalau bukan masa sale?). Apa masalahnya di situ? Itu masalahnya ada ayam goreng di depan mata tapi masih terliur ikan keli dalam sungai. (contoh yang x kena. -.-")


Ayat motivasi: "orang yang merasakan dirinya mahal, xkan menghiasi dirinya dengan jenama mahal2". I have insecure feelings I guess.

Again, =')


Bantu saya, kawan.

Jam tangan hadiah Umi Abah sebab result PMR yang ok. Jam ni dah hilang lebih kurang setahun lepas tapi masih belum ganti yang baharu.. Sebab? U know why =')

Sumber gambar: Google

Tuesday, June 11, 2013

Exammmm................

Assalamualaikum..

sekarang ni saya di semester 4 pengajian. hujung sem 4 dah sebenarnya.. Jumaat ni 1st paper sem ni. tp itu la.. di musim exam camni, ada2 saja mood swing nya. itu x kena, ini x kena, malas buat itu, malas buat ini. entah kenapa. :'(

Jadual exam :-
14 Jun 2013: Ilmu Wahyu dan Fenomena Alam
17 Jun 2013: Ulum Quran
18 Jun 2013: Uruf Maslahah
19 Jun 2013: Biokimia
20 Jun 2013: Ijtihad
25 Jun 2013: Imunologi Am

Doakan saya ya =')