Pages

Showing posts with label Murah. Show all posts
Showing posts with label Murah. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

Re-Break the Ice? Haha

Bismillah...

Hampir setahun tak update blog. Haha. Bekas tunang gelak je and said: "Haa. Kan dah cakap. Tak berupdate nye nanti. " Haha. Shame on me! So today, update la sikit. Takut nanti ice yang ada membesar jadi ice berg. (Kan masa mula2 kenal dalam pape program orang guna istilah ice-breaking).

Since saya stop menulis sebelum kahwin, yang masa tu tersangatlah rajin update perihal persiapan kahwin, so hari ni saya bagi kome layan gambar je la ye. Serba sedikit ^_^





As seen above, ada 4 persalinan semua. Semua sendiri punya. Kalau ada yang nak sewa, boleh PM di FB saya. Bagi sewa murah2 je sebab saya pun tahu ape rasanya duit mengalir lebih laju dari air terjun. Hahaha. 

Kalau ikutkan, banyak yang nak diceritakan. Perihal prep kahwin banyak lagi x detail, cerita saya dapat sponsors eg. doorgifts, guestbook, sticker dsb. Kome doa2kan saya rajin update blog ye. Hahaha

Tu je lah dulu. Tulis panjang2 kang, bertahun pulak baru update lagi. LOL!

Monday, November 11, 2013

Gambar Pixajoy Dah Sampai!

Bismillah...

Saya ada sebut dalam entry ini saya cuci gambar guna Pixajoy. So, hari ni gegambar dah sampai. Yeay!!

Nice wrapping. Siap ada plastic bubble lagi. Memang gambar takkan pecah. Hehe

Few pictures. Ada 96 keping semuanya
Okey. Nampak x 1 gambar dalam kotak tu? Ha, kotak tu boleh jadi frame tau. Masa gambar sampai, gambar tu diletakkan dalam 2 kotak. 1 kotak frame dan lagi 1 kotak cover untuk gambar. Bagi saya sangat convenient okeyh. Mula2 saya fikir gak, nanti kena beli album la untuk simpan gambar2 tu. Kalau x, nanti berterabur kan. But since dia dah letak dalam kotak yang cantik (siap boleh buat frame-belakang kotak ada kaki macam frame gambar), saya is happy la. Bab album saya KIV dulu, sebab nak tunggu lepas majlis kahwin. Motif? Sebabnye, mungkin ada tetamu yang datang bawak hadiah album gambar. Haha. :D  (kalau xde gak, saya tunggu la majlis bertandang plak. Haha)

Lepas dah dapat gambar2 ni, rupanya Pixajoy bagi lagi kupon Purchase with Purchase. Wah! Dia bagi 45% to 47% off for Photobook dan diskaun untuk kalendar jugak. Wuuhu. Suka! Tapi saya x grab lagi sebabnya macam dah xde gambar menarik untuk dicuci. Hehe

Untuk kualiti gambar, overall saya berpuas hati. Bab kata kawan saya, gambar2 nampak tahan lama/lasak (berbanding gambar biasa). Mungkin sebab Pixajoy guna art paper kot.

Ada few pictures yang saya kurang puas hati sebab dalam laptop nampak cantik, tapi bila kat luar nampak kureng. Huhu. (Yang ni xsure salah siapa :D). Tapi bak kata saya kat atas, overall saya puas hati :)

Tu jer nak citer. Till then, bye ;)


Tuesday, November 5, 2013

Pixajoy: Pix-a-joy

Bismillah...

Sekarang tengah cuti mid semester. So, saya sangat jarang on9 guna laptop. Okey, xde kaitan dengan tajuk. Haha.

Semalam kan, saya tengah on9. Tiba2, saya kan, saya terbaca kat satu blog ni, blogger tu cakap Pixajoy buat promo... Woooo. Pastu kan, saya pon pergila dekat web Pixajoy, saya pon nampak ni


Please take note that they use Art Card 230gsm
   
Murah kan! 25 sen sekeping. Kalau kat kedai biasa, mahu 50 sen gak sekeping. So, saya pon grab laju2 sebab kena beli voucer/kupon tu sebelum habis 4 November (semalam). Masa tu dah pukul 9 pm lebih kot. And mujur jugak dia bagi guna BIMB Internet Banking. Hoyeah! Dalam kepala nak print gambar bertunang dulu. Sebab hard disc laptop saya pernah rosak, jadi banyak gambar bertunang hilang. *Nanges* Mujur sepupu saya ada upload di Fb dia, so trace balik mana yang tinggal. Tu yang saya nekad nak cuci jugak gambar tu.

Saya amek yang saiz 4R dengan matte lamination untuk 96 keping gambar. So, total harga RM23.90+RM8 postage = RM31.90 je. Bagi yang tinggal di Kedah, lagi jimat x payah bayar postage sebab anda boleh pick up je gegambar tu di Pejabat Pixajoy.

Under My Project: AnuaRazini E-Day



Kalau ikutkan, tarikh untuk beli kupon memang tamat semalam. Tapi tarikh untuk gunakan kupon tu sampai 26 Disember 2013. Laaaama lagi tuh. Well, since badan saya ada hormon Adrenaline yang selalu menyebabkan ke"excited"an saya melimpah ruah, maka saya pun siapkan projek saya terus semalam. Haha. Before upload gambar ke Pixajoy ni, haruslah edit2 dulu gambar kan. Tu yang pi mai pi mai lebih kurang 2.30 pagi gak la baru siap. Huhu


Plus, ada sedikit problem yang menyebabkan ketidakpuasan hati saya sebenarnya. Tu yang sebabkan saya amek masa yang lama tuk siapkan projek tu. Em.. Mungkin sebab first timer cuci gambar online kot. Heee. Okey, ce tengok gambar projek saya tu. Perasan x ada line merah? Ha, nanti masa dorang nak cuci gambar, dorang akan cuci ikut line tu. Which means, kalau kepala korang x termasuk dalam line merah tu, gambar xde kepala la yang korang akan dapat. Lagi satu, perasan tak dia ada tulis "High quality picture" kat tepi tu. Tu okey la. Ada beberapa keping gambar saya dia tulis "Low quality picture" (siap dengan tulisan merah bak hang!). Masalahnya, benda ni saya hanya tahu lepas saya dah cukupkan 96 keping gambar! Jenuh gak la nak edit balik, buang yang mana perlu. Haish. Patut warning la awal2. Hmm (ke saya yang x nampak eh?)

Total up gambar bertunang nye lebih kurang 50 keping je, yang selebihnya gambar masa majlis bertandang sedara saya. Kekeke

Sekarang tengah tunggu hasilnya. Mungkin 4-6 hari bekerja (hari ni cuti Awal Muharam). Can't wait >_<

Till then, bye!

Saturday, October 26, 2013

Tutorial #3: DIY Hiasan Kasut

Bismillah...

Tak tahu nak cakap entry ni adalah tutorial atau pun tak sebenarnya. Tapi, anggap je la tuto k. :D

Okey. Semalam saya keluar ke Jln. Tar lagi. Ada few things nak kena beli, termasuk kasut untuk pakai masa majlis nanti. So, lepas jalan2 ke sana sini, saya dan kawan2 singgah kedai Bata. Walaupun dalam hati dah tahu kasut di kedai Bata macam kurang sesuai untuk buat kasut nikah, saya ter"berkenan" dengan kasut kat bawah ni.

Note buat B2B: Pengantin haruslah pakai kasut masa majlis tau. Kalau pakai sandal/selipar, kurang santek gitu. Saya pilih kasut design terbuka sket kat depan, sebab saya memang minat sangat design camni ^_^



Warna beige, saiz dirahsiakan. Haha

Harga kasut ni hanyalah RM30. Clearance stok kot. Mungkin sebab warna dan design dia yang macam simple natural gitu, saya pon decide untuk beli. Alhamdulillah ada saiz. Mintak pendapat kawan, sesuai ke untuk buat kasut nikah. Bagi dorang, kasut ni simple sangat. Kawan siap tunjuk kasut heels warna merah cili yang bila kita tanggalkan kasut tu kat kenduri atau mana2 majlis, orang akan bayangkan tuan kasut tu pakai baju warna merah cili, bawak handbag warna merah cili, and pakai lipstik warna merah cili. Haha. Tapi, sejujurnya saya pon rasa kasut warna merah cili tu cantik. Cuma sebab saya bukan lah gadis merah2 cili, saya x la beli yang tu :)

So, saya pon tetiba datang mood nak menDIY. Google sana sini, saya pun mulakanlah projek DIY hiasan kasut saya. 

Memandangkan ni first time saya DIY pada kasut, banyak pulak negativeness nya. Mula2 saya jahit jelujur manik. X cantik. So, kena buka. Second, saya letak gam Uhu and letak manik rapat2 konon nak bagi nampak cantik. Tengok2 x cantik gak. Third, saya letak gam Uhu and tabur manik jarak2. Cantik. Tapi, bila dah siap sebelah kasut and dalam proses buat lagi sebelah kasut, saya perasan banyak manik yang jatuh. Maksudnya, manik dengan gam Uhu pada kasut bukanlah sahabat yang baik. Emmm. Termenung sekejap. Nak buat camano lah ni. Kena lah Google pasal gam kasut plak.

Akhirnya saya decide untuk guna Gam Cap Gajah. Walaupun tahu risiko gam ni susah nak tanggal kalau dah terkena tangan, saya tetap nak teruskan gak. Hinggalah akhirnya, saya tiba2 semangat untuk start menjahit balik. Cuma kali ni, saya x nak dah jahit jelujur macam awal2 tadi, tapi saya nak buat macam ala2 tabur pakai gam Uhu, cuma ni versi jahit.

Saya gigihkan diri jahit manik satu persatu, hingga akhirnya terhasil sesuatu seperti ini... :)



Since kasut perempuan harus berbunga, saya gunting bunga pada lebihan kain lace baju resepsi, and top up sket pada kasut. Hasilnya...


Gambar yang dah di edit, bagi nampak vogue gittew. Haha


Dah siap! Yeay!! Yang bunga pearls tu senang je nak jahit. Letak 1 pearl kat tengah, then cucuk 6 pearls lagi, jahit lah keliling pearl tengah tu :)

Sekarang, kasut ni dah x dapat dijumpai di mana2 kedai ;) Ke ada eh?

Beberapa tips untuk anda yang berminat nak tambah hiasan pada kasut:

  • Please take note yang menjahit pada kasut x semudah menjahit pada kain. Sebabnya, material kasut sangat berbeza daripada material kain. Senang cerita, kasut ni lebih liat daripada kain. So, kemungkinan untuk jarum patah tu ada. Sila berhati2, dan pastikan anda gunakan jarum dan benang yang berkualiti tinggi k.
  • Untuk kurangkan kesakitan pada jari masa nak tolak jarum masuk dalam kasut, boleh lapik kain yg tebal dekat penghujung jarum tu (belakang tempat cucuk benang). 
  • Potong pendek siap2 lebihan benang pada kasut atau selepas benang disimpulkan, sebab bila dah jahit manik, susah dah nak selitkan gunting celah2 manik tu.
  • Pastikan apa2 hiasan yang ditambah tu x mengganggu pergerakan anda. Jangan makin menyusahkan nak berjalan sudah la. Huu



And well, I'm now a happy B2B ^_^

Till then, bye ;)