Pages

Showing posts with label Ramadhan Kareem. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Kareem. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Tutorial #1: DIY Patch Lace Pada Baju

Bismillah.. :)

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 27 Ramadhan 1434 H. Maksudnya lagi dua hari untuk kita bersama Ramadhan kali ini. Sayunya rasa.. =') Hari ni pun redup je kan. Kalaulah semalam Lailatul Qadr, beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya mendapatkannya, bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. =')


Berbalik pada tajuk, hari ni saya nak buat tutorial pertama saya. Tutorial yang tak seberapa saya kira. Hehe. Memandangkan baju raya adik-adik sangat plain, maka saya pun dengan rela hati nak tambahkan sedikit hiasan. Patch lace+pearl+bunga kecil. Jom layan tutorial bergambar. ;)

Ni baju adik bongsu. Masih kosong.

Okay. Mula-mula, sematkan jarum pada lace+kain untuk elakkan lace tu bergerak-gerak semasa dijahit. Nanti takde lah jahitan kita jadi senget je kan. Hehe

Bila kedudukan lace pun dah okey sesuai dengan kehendak kita, dah boleh start jahit. Saya jahit jelujur je ikut bentuk lace tu. Kalau ikutkan saya, jahit jelujur dari kanan ke kiri lebih kemas berbanding jahit kiri ke kanan. Mungkin sebab saya kekok, buatkan tekanan jadi kurang. So, takdelah kain tu tertarik masa menjahit. (Betul ke tak entah teori ni. Hahaha)

Bila dah siap patching, maka jom start "pearling" plak. Pearl hijau ni saiz 3 mm, saya beli di Kedai Bunga Riben Jalan Tar. Sebelum tabur banyak-banyak pearl, saya letak dulu penanda aras sebab tak nak bagi kedudukan taburan pearl tu tak sama tinggi. Nanti tak cantik la. Hu. Dan untuk makluman, saya tak guna washable pen untuk tanda tempat nak letak pearl. Sebabnya saya takde pen tu, dan saya masih amatur untuk tabur tanpa review dulu cantik ke tidak.  So, thats why la saya gam kan dulu pearl before jahit. Kalau saya tengok taburannya kurang cantik, senang nak cabut. Saya guna gam Uhu.

Lekatkan gam Uhu dulu. Pastikan bila dah siap gam semua, tangan kita bebas daripada kesan gam. Sebab takut tak rata wudhu' nanti ;)
(Kalau ikutkan situasi sebenar, saya pegang pearl tu guna tangan kiri. Tapi kalau tak nanti, cane nak amek gambar kan? So, terpaksa berlakon sket. Kekekeke)


Dah siap gamkan pearl hijau. Jom proceed dengan pearl gold plak :)

Rupa bila dah tambahkan pearl gold. :) Saiz pearl gold kalau tak silap 2 mm. Pun dibeli di Kedai Bunga Riben Jalan Tar.

Peal hijau+gold+pink muda =)
(Semua pearl ni masih belum dijahit, hanya dilekatkan dengan gam Uhu sahaja)

Kalau tak silap, ni bahagian kaki baju adik umur 9 tahun.
(Baju 2 orang adik ni sama spesies)
Bila dah rasa puas hati dengan taburan pearl tadi, jahitlah pearl tu. Walaupun gam Uhu pun dah boleh lekatkan pearl pada baju, tapi rasanya lepas basuh nanti mesti banyak yang jatuh. Huhu


 Sekarang, jom proceed ke bahagian leher baju pula :)

Masih kosong.

Susunkan bunga dahulu, bagi centre dan cantik terletak :)

Dah okay kan? So, .....

Macam tadi juga, gamkan bunga tu dulu supaya masa baju ni diangkat nanti, bunga2 tu tak jatuh.

Tadaaaaa! Dah siap letak bunga+pearl kat bahagian leher. ;)


So, hasilnya??
.
.
.
.
.


Yang ni dah siap sepenuhnya. Yeay!

Perbandingan baju adik bongsu yang masih kosong dan baju adik 9 tahun yang dah siap berjahit. Makin cantik ke, makin pelik? Hahaha.



Sekarang tinggal siapkan baju adik bongsu. Pearl dan bunga dah siap digamkan, cuma tinggal jahit je bagi  kuatkan lagi tautan pearl tu. Tautan gittew!.

Akhir kalam, menjelang Aidilfitri yang bakal tiba, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin pada semua. Taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal Ya Kariim =')

Selamat kembali pada fitrah!

Update: Gambar baju yang dipakai oleh adik bongsu (gambar kurang jelas)


Saturday, July 13, 2013

Ramadhan Giveaway by ZZ

Bismillah...

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 Ramadhan. Apa khabar iman? ;)

Hari ni jom join Segmen GA by ZZ.


Syarat-syaratnya:
1. Buat entry tentang giveaway ini, dan copy and paste link di kotak komen. Sertakan nama FB anda.
2. Follow blog iini. (WAJIB)
3. Like ZZ Online Shop (WAJIB)
4. Tag 3 orang rakan. Tak dipaksa.

Mudah je kan. So ape lagi. Jom join!

Friday, July 12, 2013

Ramadhan Kareem ^_^


Bismillah... :)

Alhamdulillah, hari ni 12 Julai bersamaan 3 Ramadhan. Maksudnya pejam celik pejam celik dah 2 hari Ramadhan berlalu kan. Hari ni bakal menyambung perjuangan di hari ketiga. Dah ada yang berkira-kira berapa hari lagi nak raya? Meh aku cepuk laju2. Hehe. 

Teringat semasa di Asasi Pengajian Islam Nilam Puri beberapa tahun lalu, ada pensyarah ceritakan suasana Ramadhan di Timur Tengah. Daripada situ, barulah saya tahu, biasanya apabila bulan Ramadhan, masyarakat di sana akan saling mengucapkan "Ramadhan Kareem" sesama mereka. Dan si penerima ucapan pula akan membalas "Allahu Akram" yang bermaksud Allah lebih Mulia :). Seronok kan sambutan Ramadhan mereka. Ucapan yang saya kira menghidupkan lagi Ramadhan. Kita di Malaysia, belum puasa pun lagi, promosi Aidilfitri sudah terlihat di kaca TV -.-" Tapi bak kata orang, lain padang lain belalang kan. Semoga Malaysia suatu hari nanti akan lebih kondusif untuk kemuliaan bulan Ramadhan berbanding hari raya. Amiin =')



Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas kekhilafan yang pernah saya lakukan. Mari saling memaafkan agar ibadah dapat ditunaikan dengan lebih tenang. Maafkan saya ya  ;)

Berikut saya selitkan status Facebook Ustazah Fatimah Syarha bertarikh 9 Julai 2013: 
"Siapa berpuasa ramadhan dengan iman dan 'cari sungguh-sungguh', pasti diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." 
{HR Bukhari Muslim}

Peluang baik!
Nak tak menjadi bagai kain putih kembali?
Hmm. Apa lagi?

Moga kita ada 'bright start' tonite, insya Allah.

Apa nak buat malam ni?

Duduk.
Tulis.
Atur.

Masih belum terlambat untuk kita menjadi bagai kain putih kembali. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini, di mana ganjaran pahala digandakan dan dibuka pintu taubat seluas-luasnya. Ayuh gapai redha Allah. Rancang masa kita, biar benar-benar terisi dengan perkara yang baik-baik. (Nasihat untuk diri saya juga). Saya doakan kita semua berjaya peroleh ijazah taqwa. Amiin =')

Beberapa tips bergambar. Sumber: Facebook The Muslim Show
6th Sense =')