Alhamdulillah, hari ni dah masuk 27 Ramadhan 1434 H. Maksudnya lagi dua hari untuk kita bersama Ramadhan kali ini. Sayunya rasa.. =') Hari ni pun redup je kan. Kalaulah semalam Lailatul Qadr, beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya mendapatkannya, bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. =')
Berbalik pada tajuk, hari ni saya nak buat tutorial pertama saya. Tutorial yang tak seberapa saya kira. Hehe. Memandangkan baju raya adik-adik sangat plain, maka saya pun dengan rela hati nak tambahkan sedikit hiasan. Patch lace+pearl+bunga kecil. Jom layan tutorial bergambar. ;)
Ni baju adik bongsu. Masih kosong. |
Okay. Mula-mula, sematkan jarum pada lace+kain untuk elakkan lace tu bergerak-gerak semasa dijahit. Nanti takde lah jahitan kita jadi senget je kan. Hehe |
Dah siap gamkan pearl hijau. Jom proceed dengan pearl gold plak :) |
Rupa bila dah tambahkan pearl gold. :) Saiz pearl gold kalau tak silap 2 mm. Pun dibeli di Kedai Bunga Riben Jalan Tar. |
Peal hijau+gold+pink muda =) (Semua pearl ni masih belum dijahit, hanya dilekatkan dengan gam Uhu sahaja) |
Sekarang, jom proceed ke bahagian leher baju pula :)
Masih kosong. |
Susunkan bunga dahulu, bagi centre dan cantik terletak :) |
Dah okay kan? So, ..... |
Macam tadi juga, gamkan bunga tu dulu supaya masa baju ni diangkat nanti, bunga2 tu tak jatuh. |
Tadaaaaa! Dah siap letak bunga+pearl kat bahagian leher. ;) |
So, hasilnya??
.
.
.
.
.
Yang ni dah siap sepenuhnya. Yeay! |
Perbandingan baju adik bongsu yang masih kosong dan baju adik 9 tahun yang dah siap berjahit. Makin cantik ke, makin pelik? Hahaha.
Sekarang tinggal siapkan baju adik bongsu. Pearl dan bunga dah siap digamkan, cuma tinggal jahit je bagi kuatkan lagi tautan pearl tu.
Akhir kalam, menjelang Aidilfitri yang bakal tiba, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin pada semua. Taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal Ya Kariim =')
No comments:
Post a Comment