Pages

Showing posts with label Patch lace. Show all posts
Showing posts with label Patch lace. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Tutorial #2: DIY Veil Part 2


Bismillah..

Okey. Ini sambungan entry DIY Veil Part 1. Saya ada cakap di entry lepas, saya tukar design veil kan. Dari idea asal letak lace sekeliling veil, kepada letak lace di bahagian hadapan sahaja. And, wat bentuk segi tiga di bahagian kepala, bagi nampak effect mewah kononnya. And untuk bahagian yang xde lace, saya jahit pearls sekelilingnya. Rujuk gambar di bawah :)

Warna dalam gambar agak berbeza dari warna sebenar


Nampak x bahagian kepala, lace macam agak tebal kan. Yang tu, saya susun border lace bertingkat2 dari 4-3-2-1 (dari bawah ke atas). Minta maaf sebab x snap gambar masa buat veil ni, tapi saya cari balik gambar rujukan saya dahulu. Saya paste yang tu je k ;)


Senang kan ;)

Yang part dari pipi ke bawah plak, jahit je border lace tu. Tak perlu be"layer" dah. Bila dah siap, jahit je pearls/beads/manik/batu atau apa2 hiasan yang terberkenan di hati. Macam saya, saya just jahit pearls off white dan purple asap (ada ke warna gitu. hoho). 


Bukan warna sebenar.


Nampak simple je kan? Tapi bila tengok real, sangat2 puas hati! :D Kat bahagian hujung segi tiga tu, saya lekatkan batu kecik2 apa tah nama dia. Yang kena iron tu. Tapi x snap gambar veil yang ada batu tu. Malas nak kuarkan kamera dah lepas tu. Hehe. Hiasan tu masih boleh ditambah sebenarnya. Bergantung pada kerajinan and bajet. Saya pon, kalau tetiba cuti mid sem nanti rasa bosan xde kerja nak buat, ada la tu kot nak tambah kt mana2. ^_^

Okey. Ini PENTING! Sebelum bentukkan segi tiga kat bahagian kepala tu, pastikan veil bentuk D tu dilipat 2 terlebih dahulu. Macam ni.


Ni gambar contoh je k

Bila dah lipat gini, tandakan betul2 kat mana centre dia. Sebabnya, teramatlah penting untuk bucu segi tiga tu ada betul2 kat tengah. Kalau x, bila dah siap nanti, kamu akan dapat veil dengan lace yang nampak senget! Saya bercakap dari pengalaman sebenarnya. Sebab saya pernah kena. Haha. Saya kan amatur. Bila saya nak susun lace tu bertingkat2, saya just susun ikut suka hati. Main agak2 je. Dalam kepala x terfikir langsung apa outcome dia. Huhhu. Lepas susun lace tu, saya jahit jelujur (xnak bagi lace gerak2) and then jahit. Bila dah siap jahit, acu kat kepala, ok fine. Bucu dia x berada di centre kepala and kalau tengok dari belakang, akan nampak bucu dia senget ke kiri. Ayoyo. 

So apa saya buat? Mula2 memang ingat nak biarkan je. And pujuk hati, xde orang perasan tu. Malas punya pasal la tu. Haha. And lagipun, bila saya dah put the best effort on the first trial and dah rasa jerih perih nak buat benda tu (nama pun amatur. Banyak benda kena explore lagi), saya jadi rasa berat hati untuk buka balik jahitan tu. Apatah lagi saya dah jenuh buka jahitan hasil design satu before tu. Huu

Tapi, demi cinta. Ku gagahkan jua diri. Buka balik jahitan. Fikirkan alternatif, and came out with the idea. Dan alhamdulillah. Ia berhasil. Puas hati bila bucu tu ada betul2 kat tengah kepala. Xla orang cakap dia ni parti berhaluan kiri tu. Tengok veil pon dah tahu. Haha.

Dalam proses nak buka jahitan tu, of course sudah tentulah akan ada a lil bit defect. Dia punya kain tertarik, and nampak x suci lagi di situ. Sob sob. Itu sebab saya tambah batu yang kena iron tu. Nak cover la katakan ^_^

Dan untuk bahagian belakang plak, 






Saya jahit pearls macam dalam gambar kat atas So, xde la nampak kosong je kan. Tipikal veil yang saya pernah tengok, part belakang dia kosong. Bagi saya, sangat cantik la bila kita boleh keluar dari norm tu. :) Ni semua pengaruh dari seorang blogger yang dia cakap, dia suka ada pearls tepi2 tu. Nampak comel kot katanya. So saya pon apply pada veil saya jugak. Thanks buat anda ( x ingat dah kat mana baca blog anda) sumber inspirasi saya ;)


So, ape beza design 1 dan 2? Yang mana lagi mudah nak dibuat?

Banyak bezanya. Anda pon boleh nampak kan. Cuma nak dihighlightkan kat sini, yang design kedua lagi senang nak dibuat, lagi jimat border lace (rasanya saya guna dalam 2 meter je utk design ni berbanding 4 meter utk design 1), lagi mudah nak dijahit (hanya perlu jahit lace di bahagian hadapan), lebih jimat masa n bagi saya, ianya lebih cantik <3

Kos untuk DIY veil saya?

1. Kain chiffon: RM9 semeter x 1.5 meter = RM13.50. (Beli di Jakel Jalan Tar)
2. Border lace : RM15.90 semeter (ada 2-sides per meter) x 2 meter = RM31.80. Tapi bila bayar, dia bagi diskaun, jadi RM30 je. And rasa guna 1 meter ja. Jadi kos border lace lebih kurang RM15 (Beli di Kedai Bunga Riben Jalan Tar)
3. Pearls          : ~RM9 (Beli di Kedai Bunga Riben Jalan Tar)
4. Jahit  tepi    : ~RM2.50 (Kedai Jahit Bulan Terang Kubang Kerian)

Total: RM40!

Kos sewa veil sahaja: Lebih kurang RM30 (material daripada net kot)
Kos beli di Facebook: RM150.

So, pilihan anda?

Fikir2kan, dan selamat membuat keputusan ;)

Tuesday, October 15, 2013

Tutorial #2: DIY Veil Part 1

Bismillah...

Alhamdulillah. Ada masa free sementara tunggu raya haji hari tu, saya pon dengan gigihnya men”DIY” veil nikah dan resepsi. Lagipun kat kampung, ada nenek dengan Umi yang pandai potong kain. Rasa yakin sket kan. Tapi last2 saya potong sendiri je. Haha. Nak raya kan. Semua pun ada hal masing2. Xpelah.

Saya banyak baca dalam blog lain, B2B ramai yang buat sendiri je veil. Yelah. Kalau beli yang ready made di Jln. Tar atau Facebook, mahu cecah RM180. Kalau 2 veils = RM360. Pokai tunang eden. Muehehe. :D

So, step pertama. Bentangkan kain. Bagi kain rehat betul2 kat atas lantai/meja tanpa ada kedut. Xmo kedut2 tau. Nanti bila dah potong veil jadi x cantik lak.


Pastikan xde kedut k

Ok. Bentang cantik2 k. Then, letak kain “template” atau acuan yang kita nak ikut. Saya letak kain pink tu. Hati2 masa potong kain tu, sebab kain dia jenis lembut, mudah jadi senget. FYI, saya buat veil nikah guna kain chiffon. And kalau tak silap, saya beli kain tu semeter setengah di Jakel Jalan Tar. Total harga kain je lebih kurang RM13.50. Kalau dibandingkan dengan kain chiffon yang saya pernah beli di Gulati's Jalan Tar, kain chiffon ni lebih tebal (tapi masih transparent). Ingatkan okey la sebab harga lebih murah kan (kat Gulati's harga RM24.50 semeter), tapi saya dah tersilap sebab lebih murah kain chiffon, teksturnya lebih tebal. Jadi, untuk buat veil, macam kurang cantik la kan. Huhu. 

Ok. Takpe. Teruskan tutorial :D

Dah siap potong. Saya buat bentuk huruf D.

Tapi, ada 1 masalah. Sebab saya just potong ikut saiz sesuka hati, maka jadilah kes border lace x cukup! Haha

Gambar 1: Saiz macam veil pink

Gambar 2: Saiz selepas di resize bagi mencukupkan border lace. Tapi masih tak cukup. Haha

Okey, saya sebenarnya potong veil pink kat atas tu ikut veil yang dibeli. Cuma saiz diperbesarkan sebab veil yang tu cam singkat untuk dipakai dengan baju nikah dan dress. Kira macam saya nak veil labuh sampai bawah pinggang la untuk my big day.

Saya potong kain pink ikut veil putih tu, cuma saiz diperbesarkan lagi

Saya ikut veil putih tu untuk buat veil pink, and guna veil pink untuk buat veil nikah. Faham? :3
Gambar hari pertunangan, bersama adik

Sambung tutorial. Okey. Dah border lace x cukup, apa masalahnya? Beli je la lagi. Tambah apa yang kurang kan?

Yup. Itu memang solusinya. Tapi, saya kan kat kampung, kat Kelantan. Saya beli border lace tu kat Jalan Tar. Ni kes malas nak menapak ke sana la ni. Tak, tak. Saya bukan kedekut. Hehe. Sebenarnya, boleh je saya beli masa saya dah balik Kl nanti, tapi entah. Mungkin sebab saya pon just potong kain tu ikut suka, jadi proses me"resize" bukanlah halangan yang besar. Dan lagipun, saya memang serius macam dah malas nak alirkan duit. Sekarang proses guna apa yang ada, maksimumkan kreativiti. Gitttewwww~~

So, saya teruskan proses resize. Kain chiffon yang dah jadi capital D tu, saya lipat 2, tengok mana yang x centre, buang apa yang patut. Macam ni.




Teruskan je proses tu, sampai la kita puas hati dengan bentuk dan border lace yang cukup. Haha


Ha, macam ni :D

Border lace tu saya beli di Kedai Bunga Riben Jalan Tar. Harga RM15.90 kot semeter yang ada 2 sides. Saya beli semeter setengah kot (so, total ada lebih kurang 3 meter). Ingatkan dah cukup la. Hari tu siap cam nak bagi mak cik lagi. Upenye, kita pon terkial2 jugak lagi :3


Potong border lace

Okey. Dah siap wat bentuk D, saya hantar jahit tepi. Hantar di Kedai Jahit Bulan Terang di Kubang Kerian, harga dalam RM2.50 je.

Dah siap jahit tepi, saya jahit la border lace cam kat atas tu. Sekarang belum siap, tapi ideanya macam tu lah. Lepas da siap jahit border lace, nak tambah pearls. Full result? Akan diupdate lepas nikah nanti..... ;)

Buat hilang lelah menanti, cuci mata dengan ini.....




Till then, bye :)


Update: Saya dah tukar design veil saya, sebab saya akhirnya akur dengan kata hati yang inginkan konsep veil yang ada bentuk segi tiga di kepala, dan ikatan pearl di sekelilingnya.

Idea lebih kurang macam ni. Saya berkenan dengan bentuk segi tiga atas kepala tu.  Sumber sini.

Tutorial DIY Veil Part 2

Monday, September 16, 2013

Baju Resepsi #2: Baju Melayu

Bismillah...

Lama saya tak online. Hard disc laptop rosak tiba-tiba je. Nasib baik masih dalam warranty, maka kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Acer Center. Tapi yang sedihnya, semua (SEMUA!) dokumen, gambar, video, software dan apa sahaja dalam laptop tak dapat di access kembali. SEMUA gambar yang dimaksudkan tadi, termasuklah gambar bertunang yang 1 keping pun TIDAK dicetak. Sadiss kan. Resolusi nya ape? Saya ajak Pak Tam bertunang lagi sekali. Huhu :D (mujur masih ada kawan yang simpan gambar hari pertunangan, Alhamdulillah)

Ok. Bagai dijanjikan dalam entry lalu, (yang ni) saya ada janji nak update kedai mana yang saya pilih untuk jahit baju2 kami kan. Untuk entry ni saya khususkan untuk Baju Melayu dahulu ye, sebab tak nak bagi entry ni terlalu panjang. Sooooooo, untuk baju Pak Tam, kami pilih Cassanova Fashion. Sebab? :)

1. Kedai ni memang jahit Baju Melayu. Jadi, secara automatik kami dah letakkan kepercayaan kat kedai ni.

2. Brader ni memang mesra. Masa kami usha2 hasil kerja dia (Kami pergi masa sebelum raya, jadi ada banyak baju yang boleh diusha) and masa ukur badan memang dia peramah and layan kami sebaiknya. Jadi, kalau Pak Tam atau saya ada sebarang komen ke ape, takde lah segan nak suarakan kan. 

3. Profesional. Perkataan ni macam advance sangat, tapi itulah. Nanti dia akan tanya nak berapa poket, nak leher apa, nak berapa butang dan lain2. Bagi saya yang tak pernah pakai Baju Melayu, saya rasa soalan2 ni menunjukkan yang abang ni pro lah. Lagi lah buatkan kami percaya bahawa abang ni akan buat baju macam yang kami nak, bukan apa yang dia pandai!

4. Jahitan yang cantik. Secara total, apa yang dapat disimpulkan daripada proses mengusha tadi, memang perkataan yang tepat ialah, jahitannya cantik, kami berpuas hati. (Kalau tak, takkan kami nak hantar kat kedai ni kan? Hehe)

5. Kami nak bantu Bangsa Melayu. Ayat klise nya, kalau bukan kita yang bantu Bangsa Melayu, sape lagi kan? meh nak cepuk sebab guna ayat ni!  Haha

Dari segi harga, setakat apa yang kami survey kat Bangunan Mara Jalan TAR tu, harganya adalah lebih kurang dengan kedai2 lain. Dan untuk hasil yang memuaskan hati, harganya adalah reasonable ;)

Pak Tam bersama Brader Muhammad. Tailor Baju Melayu. 

Warna sebenar?  :3

Okey. Since Baju Melayu Pak Tam hanya lah macam Baju Melayu biasa, maka saya akan men DIY sesuatu kat baju dia. Plan nya nak jahit patch lace+pearl pada dada kanan. Jadi, tak de lah nampak kosong sangat kan. Yang penting, lepas majlis nanti, lace dan pearl tu akan dicabut, so baju tu boleh dipakai lagi buat raya ke ape. Setakat ni, lace dah siap di patch. Tinggal nak jahit pearls je.

Contoh patch lace pada baju lelaki:

Sumber: Facebook


Mungkin ada yang fikir, sesuai ke Baju Melayu dibuat baju resepsi. Em, bagi saya, okey je. Ramai dah yang buat. Kalau nak bagi nampak lain dari hari-hari biasa, masa resepsi nanti, pakailah tanjak instead of songkok, beserta sampin yang match dengan baju pengantin perempuan. Barulah naik seri sket. Tak gitu?? :)

Buat yang tercari-cari tailor Baju Melayu, saya cadangkan anda datang ke kedai ini:



Cassanova Fashion,
Lot-3,
Tingkat Satu,
Pasar Rakyat,
Medan Mara,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

No. H/P: 012-383 9396/019-642 5231

Medan Mara ni terletak selang 1 bangunan dari Kl Sogo. Kalau tak tahu kat mana, cuba tanya orang kat situ. :)


Update: Baju Melayu selepas di patch lace

Hari tu Pak Tam dah try pakai baju ni. Tapi xde amek gambar la plak. ayyak


Monday, August 5, 2013

Tutorial #1: DIY Patch Lace Pada Baju

Bismillah.. :)

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 27 Ramadhan 1434 H. Maksudnya lagi dua hari untuk kita bersama Ramadhan kali ini. Sayunya rasa.. =') Hari ni pun redup je kan. Kalaulah semalam Lailatul Qadr, beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya mendapatkannya, bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. =')


Berbalik pada tajuk, hari ni saya nak buat tutorial pertama saya. Tutorial yang tak seberapa saya kira. Hehe. Memandangkan baju raya adik-adik sangat plain, maka saya pun dengan rela hati nak tambahkan sedikit hiasan. Patch lace+pearl+bunga kecil. Jom layan tutorial bergambar. ;)

Ni baju adik bongsu. Masih kosong.

Okay. Mula-mula, sematkan jarum pada lace+kain untuk elakkan lace tu bergerak-gerak semasa dijahit. Nanti takde lah jahitan kita jadi senget je kan. Hehe

Bila kedudukan lace pun dah okey sesuai dengan kehendak kita, dah boleh start jahit. Saya jahit jelujur je ikut bentuk lace tu. Kalau ikutkan saya, jahit jelujur dari kanan ke kiri lebih kemas berbanding jahit kiri ke kanan. Mungkin sebab saya kekok, buatkan tekanan jadi kurang. So, takdelah kain tu tertarik masa menjahit. (Betul ke tak entah teori ni. Hahaha)

Bila dah siap patching, maka jom start "pearling" plak. Pearl hijau ni saiz 3 mm, saya beli di Kedai Bunga Riben Jalan Tar. Sebelum tabur banyak-banyak pearl, saya letak dulu penanda aras sebab tak nak bagi kedudukan taburan pearl tu tak sama tinggi. Nanti tak cantik la. Hu. Dan untuk makluman, saya tak guna washable pen untuk tanda tempat nak letak pearl. Sebabnya saya takde pen tu, dan saya masih amatur untuk tabur tanpa review dulu cantik ke tidak.  So, thats why la saya gam kan dulu pearl before jahit. Kalau saya tengok taburannya kurang cantik, senang nak cabut. Saya guna gam Uhu.

Lekatkan gam Uhu dulu. Pastikan bila dah siap gam semua, tangan kita bebas daripada kesan gam. Sebab takut tak rata wudhu' nanti ;)
(Kalau ikutkan situasi sebenar, saya pegang pearl tu guna tangan kiri. Tapi kalau tak nanti, cane nak amek gambar kan? So, terpaksa berlakon sket. Kekekeke)


Dah siap gamkan pearl hijau. Jom proceed dengan pearl gold plak :)

Rupa bila dah tambahkan pearl gold. :) Saiz pearl gold kalau tak silap 2 mm. Pun dibeli di Kedai Bunga Riben Jalan Tar.

Peal hijau+gold+pink muda =)
(Semua pearl ni masih belum dijahit, hanya dilekatkan dengan gam Uhu sahaja)

Kalau tak silap, ni bahagian kaki baju adik umur 9 tahun.
(Baju 2 orang adik ni sama spesies)
Bila dah rasa puas hati dengan taburan pearl tadi, jahitlah pearl tu. Walaupun gam Uhu pun dah boleh lekatkan pearl pada baju, tapi rasanya lepas basuh nanti mesti banyak yang jatuh. Huhu


 Sekarang, jom proceed ke bahagian leher baju pula :)

Masih kosong.

Susunkan bunga dahulu, bagi centre dan cantik terletak :)

Dah okay kan? So, .....

Macam tadi juga, gamkan bunga tu dulu supaya masa baju ni diangkat nanti, bunga2 tu tak jatuh.

Tadaaaaa! Dah siap letak bunga+pearl kat bahagian leher. ;)


So, hasilnya??
.
.
.
.
.


Yang ni dah siap sepenuhnya. Yeay!

Perbandingan baju adik bongsu yang masih kosong dan baju adik 9 tahun yang dah siap berjahit. Makin cantik ke, makin pelik? Hahaha.



Sekarang tinggal siapkan baju adik bongsu. Pearl dan bunga dah siap digamkan, cuma tinggal jahit je bagi  kuatkan lagi tautan pearl tu. Tautan gittew!.

Akhir kalam, menjelang Aidilfitri yang bakal tiba, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin pada semua. Taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal Ya Kariim =')

Selamat kembali pada fitrah!

Update: Gambar baju yang dipakai oleh adik bongsu (gambar kurang jelas)