Pages

Monday, September 16, 2013

Baju Resepsi #2: Baju Melayu

Bismillah...

Lama saya tak online. Hard disc laptop rosak tiba-tiba je. Nasib baik masih dalam warranty, maka kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Acer Center. Tapi yang sedihnya, semua (SEMUA!) dokumen, gambar, video, software dan apa sahaja dalam laptop tak dapat di access kembali. SEMUA gambar yang dimaksudkan tadi, termasuklah gambar bertunang yang 1 keping pun TIDAK dicetak. Sadiss kan. Resolusi nya ape? Saya ajak Pak Tam bertunang lagi sekali. Huhu :D (mujur masih ada kawan yang simpan gambar hari pertunangan, Alhamdulillah)

Ok. Bagai dijanjikan dalam entry lalu, (yang ni) saya ada janji nak update kedai mana yang saya pilih untuk jahit baju2 kami kan. Untuk entry ni saya khususkan untuk Baju Melayu dahulu ye, sebab tak nak bagi entry ni terlalu panjang. Sooooooo, untuk baju Pak Tam, kami pilih Cassanova Fashion. Sebab? :)

1. Kedai ni memang jahit Baju Melayu. Jadi, secara automatik kami dah letakkan kepercayaan kat kedai ni.

2. Brader ni memang mesra. Masa kami usha2 hasil kerja dia (Kami pergi masa sebelum raya, jadi ada banyak baju yang boleh diusha) and masa ukur badan memang dia peramah and layan kami sebaiknya. Jadi, kalau Pak Tam atau saya ada sebarang komen ke ape, takde lah segan nak suarakan kan. 

3. Profesional. Perkataan ni macam advance sangat, tapi itulah. Nanti dia akan tanya nak berapa poket, nak leher apa, nak berapa butang dan lain2. Bagi saya yang tak pernah pakai Baju Melayu, saya rasa soalan2 ni menunjukkan yang abang ni pro lah. Lagi lah buatkan kami percaya bahawa abang ni akan buat baju macam yang kami nak, bukan apa yang dia pandai!

4. Jahitan yang cantik. Secara total, apa yang dapat disimpulkan daripada proses mengusha tadi, memang perkataan yang tepat ialah, jahitannya cantik, kami berpuas hati. (Kalau tak, takkan kami nak hantar kat kedai ni kan? Hehe)

5. Kami nak bantu Bangsa Melayu. Ayat klise nya, kalau bukan kita yang bantu Bangsa Melayu, sape lagi kan? meh nak cepuk sebab guna ayat ni!  Haha

Dari segi harga, setakat apa yang kami survey kat Bangunan Mara Jalan TAR tu, harganya adalah lebih kurang dengan kedai2 lain. Dan untuk hasil yang memuaskan hati, harganya adalah reasonable ;)

Pak Tam bersama Brader Muhammad. Tailor Baju Melayu. 

Warna sebenar?  :3

Okey. Since Baju Melayu Pak Tam hanya lah macam Baju Melayu biasa, maka saya akan men DIY sesuatu kat baju dia. Plan nya nak jahit patch lace+pearl pada dada kanan. Jadi, tak de lah nampak kosong sangat kan. Yang penting, lepas majlis nanti, lace dan pearl tu akan dicabut, so baju tu boleh dipakai lagi buat raya ke ape. Setakat ni, lace dah siap di patch. Tinggal nak jahit pearls je.

Contoh patch lace pada baju lelaki:

Sumber: Facebook


Mungkin ada yang fikir, sesuai ke Baju Melayu dibuat baju resepsi. Em, bagi saya, okey je. Ramai dah yang buat. Kalau nak bagi nampak lain dari hari-hari biasa, masa resepsi nanti, pakailah tanjak instead of songkok, beserta sampin yang match dengan baju pengantin perempuan. Barulah naik seri sket. Tak gitu?? :)

Buat yang tercari-cari tailor Baju Melayu, saya cadangkan anda datang ke kedai ini:



Cassanova Fashion,
Lot-3,
Tingkat Satu,
Pasar Rakyat,
Medan Mara,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

No. H/P: 012-383 9396/019-642 5231

Medan Mara ni terletak selang 1 bangunan dari Kl Sogo. Kalau tak tahu kat mana, cuba tanya orang kat situ. :)


Update: Baju Melayu selepas di patch lace

Hari tu Pak Tam dah try pakai baju ni. Tapi xde amek gambar la plak. ayyak


No comments:

Post a Comment