Pages

Friday, September 20, 2013

Poodle Chiffon Flowers

Bismillah...

My recent DIY project: Poodle Chiffon Flowers. Plan nak letak dekat baju resepsi, part tangan and kaki baju. Alhamdulillah dah berjaya siapkan 15 kuntum bunga, tinggal lagi lebih kurang 25 kuntum untuk dibuat. Banyak kan. Huhu. Em, lepas kira2, part tangan akan guna 8 kuntum each (total 16 kuntum untuk tangan kanan dan kiri), dan part kaki baju perlukan lebih kurang 20 kuntum. InsyaAllah, tutorial bergambar akan diupdate nanti ;) 

My love ^_^
Gigihkan saya nak menDIY benda ni?

Sebenarnya ada kisah di sebalik semua ni. . =')

Alkisahnya hari tu, lepas pergi ambil baju resepsi, kami terus beli kain chiffon untuk dibuat veil kat Gulati's Jalan Tar. Masa letakkan kain tu kat baju (untuk tengok match ke tidak), memang nampak sesuai je and nampak macam kain tu layak dijadikan veil. Tapi rupanya kami tersilap. Kami merujuk kepada saya, kawan saya, Pak Tam dan jurujual. Sebabnya, kami tertipu dengan warna lampu kedai tu. Lampu kedai tu ala2 oren sket. Lagi satu sebab, masa nak match colour tu, saya keluarkan baju Pak Tam, bukan baju saya as I thought there will be no difference sangat. Lagipun, kain satin Pak Tam sekayu je dengan kain satin saya. Takkan lah tetiba lari warna pulak kan. Alasan saya x keluarkan baju saya? Sebab, baju saya cam berat sikit berbanding baju Pak Tam. Cam ala, lecehnye nak keluarkan. Huhu.

So, bila kami pergi Kedai Bunga Reben untuk usha detailings like pearls and 3D flowers, only then we noticed that kami dah tersilap =')

Kat bawah lampu putih, memang nampak la beza warna dia. Dan masa tu baru sedar, saya xboleh match kan dengan baju Pak Tam sebab baju saya ditambah kain lace. Jadi, warna dia akan berbeza walaupun pandangan kasarnya nampak sama. Waaaa.. Dah rugi RM24.50 semeter kain chiffon. Soal dah terbazir duit tu satu hal, soal pembaziran kain pulak satu hal. Apa saya nak buat dengan kain chiffon yang semeter je. Kalau 2 meter, boleh jugak plan buat skirt A ke ape, just tambah lagi sket duit untuk beli kain lining je. Boleh juga pakai pergi kelas kan. Tapi itulah. Bila dah jadi macam ni, terpaksa kerah otak untuk buat sesuatu. Plan nak buat tudung layer tu. Tapi x jadi. Maka hasilnya, jadi lah benda ni. Thanks pada rakan-rakan blogger yang ada buat tutorial chiffon poodle flowers ni. =')

Sebenarnya memang rasa malas juga nak buat ni. Leceh fikir saya. Tapi bila kira kos beli detailings,
i-RM6.90 untuk 10 kuntum 3D roses. So, untuk lebih kurang 45 kuntum bunga yang saya nak = RM34.50
ii- RM12.00 sepaket untuk batu putih (lupa apa istilah dia), yang mana saya rasa saya perlukan 2 paket =  RM24.00
iii- RM5.00 sepaket pearls, yang mana saya mungkin perlukan 6 paket = RM30

Total harga = RM88.50. Kalau dicampur dengan RM24.50 bagi kain yang saya dah tersilap beli akan jadi RM113.00. Wahhh! 

(Harga lebih kurang, hanya anggaran kasar)

Bak kata B2B yang lain, jimat selagi boleh. Biar leceh sikit, asalkan tak membazir. =') Jadi saya boleh jimat RM34.50, plus RM24.50 kain chiffon tu tak la terbazir macam tu je kan =')

P/S: Persoalan saya sekarang, sesuai ke tak entah warna poodle flowers ni dengan baju saya (tak dapat try jahit di baju lagi sebab baju sekarang ada kat tailor. Nak minta alter sket). Kalau tak sesuai, jawapannya, ........ Waaaaa. :'( 

Err. Ada tak yang sudi beli bunga-bunga ni andai kata "mereka" tak sesuai untuk baju saya. ^________^ 

No comments:

Post a Comment