Pages

Showing posts with label Kad Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kad Kahwin. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Tarikh, Tempat, Masa

Bismillah...

Lama kan saya x update belog nih. Mintak maaf sangat2. Huhu. Mood menulis x mai2. Bukan xde berlaku apa2 pun sepanjang dekat sebulan ni, macam2 jadi. Tapi entahla. Idea and mood xde. =')

Back to the topic. Okeyh. Tarikh, tempat, masa. Dalam banyak2 senarai dalam checklist saya (hasil google daripada B2B yang lain), tarikh, tempat, masa untuk resepsi and nikah pon kena ambil berat jugak. Lagi2 macam saya ni yang berasal dari Kelantan, and sekarang menetap di Rawang, Selangor. Kat mana saya nak buat majlis? Family ramai kat Kelantan. Kawan2 ramai kat Kl (sebab belajar di UM), tunang pulak asal Selangor. Susah jugak kan. Duk fikir nak buat kat Selangor, macam mana dari segi makanan, tempat, kos, penginapan family dari Kelantan sume. Kat Selangor, rumah saya dalam kawasan taman. Kawasan dia xlah luas mana. Ayah saya pulak, jenis yang x suka buat majlis kat dewan sebab lari dari konsep majlis kahwin yang sebenar katanya. Jadi, untuk clearkan kedudukan, maka nya Pak Tam, abah dia and beberapa orang ahli family dia datang bincang lah (kalau xsilap pada 18 Ogos). Bincang punya bincang, akhirnya decide nak buat majlis kat Kelantan. Kat rumah nenek. Saya agak lega dah sebab antara benda penting dah settle kan. 

Berkenaan tarikh pulak, cadangan asal saya nak buat majlis Disember 2013. Kalau tak silap saya, saya pilih tarikh 21@22 Disember 2013. Umi setuju. Masa tu saya just bincang berdua dengan Umi sebab kitorang kat PD. On the way balik Rawang pun, Umi still setuju. Kalau tak silap saya, abah tak komen apa2 sebab masa tu dia tengah drive. Esoknya, sementara mak sedara ada lagi kat rumah kitorang, mintak lah pendapat dia. Cakaplah sebab pilih tarikh tu, saya cuti, Pak Tam pun cuti. Tapi saya cuti study week, which means, saya akan exam seminggu kemudian. Mak cik x setuju sebab yelah. Bila dah kahwin, tumpuan belajar dah jadi lain. Tambah pulak, lepas kawen kan mesti nak jalan2 ziarah saudara mara ke, nak hanimun ke apa kan. So, cadangan saya rejected. wuwuwuw T_T

Nak jadi cerita, kenalah cari tarikh lain, yang mana saya dan Pak Tam cuti. Maka, satu-satunya tarikh yang ada is, masa Raya Cina. Raya Cina is on 31 Jan + 1 Feb. Kan biasanya kalau Raya Cina kan sekolah cuti lama. Saya pulak memang cuti sebulan before semester 2 buka. Mulanya cadang nak pilih tarikh 30 Jan. Tapi sebab x berani ambil risiko sekolah tak cuti, and nak bagi laluan kat kawan sekolah rendah buat majlis dia dulu, kitorang pun pilih lah 1 Februari 2014-Sabtu :) Saya tak pilih 31 Jan sebab belakang rumah nenek saya ada sebuah masjid, yang mana tiap2 hari Jumaat mesti ada orang parking kereta kat rumah kitorang. Jadi, untuk keselesaan semua, kitorang tak pilih hari Jumaat. 

About the timing, yang ni yang belum settle. Walau dalam kad kahwin dah buat akad nikah pukul 10 pagi, but still xsure nih. Kena bincang flow majlis dengan family dulu sebab benda ni macam x boleh fix kan plan lagi. Apa yang dah confirm, akad nikah+resepsi=hari yang sama. Tu je. Huu



Next time saya review tentang kad okeys.

Till then, bye ;)

Wednesday, November 6, 2013

Teaser Kad Kahwin

Bismillah...

Baru tadi merungut belum dapat tengok design kad kahwin walau dah lama jugak hantar draf pada vendor. Tup2 dapat kol dia dah hantar emel :D

Muka depan. I pakai tudung merah u olls :D

Memang teaser sungguh. Haha. Sorry dearies sekalian. ^_^

Hari tu saya hanya bagi tema, warna kad dan draf perkataan yang saya nak ada dalam kad tu. Saya cakap nak yang cute, warna pink2 gitu -walaupun saya bukanlah peminat tegar warna pink-. Design nya saya serahkan pada vendor je (sebenarnya vendornya pak cik saya je pon. Haha). Masih ada yang kena edit. Antaranya, bab doa untuk pengantin, ucapan salam etc. Kenapa tak nak ada doa? Sebab saya agak strict bab perkataan Allah dalam kad saya. Sebab saya tahu, x semua orang akan simpan kad ni sampai bila2. Bahkan mungkin ada yang lepas tengok terus campak ke dalam tong sampah. Tak nak la orang buang kad yang ada perkataan Allah sesuka hati kan. Orang mungkin x perasan benda2 remeh camni, tapi sebagai penganjur majlis, jadi tanggungjawab saya lah untuk jaga semua ni. Tapi macam mana pun, doa kawan2 sekalian masih teramat diharapkan =')

Buat masa sekarang, sabarlah duhai hati. Harap kad yang cantik diperolehi nanti ^_^

Till then, bye ;)