Wednesday, November 6, 2013

Teaser Kad Kahwin

Bismillah...

Baru tadi merungut belum dapat tengok design kad kahwin walau dah lama jugak hantar draf pada vendor. Tup2 dapat kol dia dah hantar emel :D

Muka depan. I pakai tudung merah u olls :D

Memang teaser sungguh. Haha. Sorry dearies sekalian. ^_^

Hari tu saya hanya bagi tema, warna kad dan draf perkataan yang saya nak ada dalam kad tu. Saya cakap nak yang cute, warna pink2 gitu -walaupun saya bukanlah peminat tegar warna pink-. Design nya saya serahkan pada vendor je (sebenarnya vendornya pak cik saya je pon. Haha). Masih ada yang kena edit. Antaranya, bab doa untuk pengantin, ucapan salam etc. Kenapa tak nak ada doa? Sebab saya agak strict bab perkataan Allah dalam kad saya. Sebab saya tahu, x semua orang akan simpan kad ni sampai bila2. Bahkan mungkin ada yang lepas tengok terus campak ke dalam tong sampah. Tak nak la orang buang kad yang ada perkataan Allah sesuka hati kan. Orang mungkin x perasan benda2 remeh camni, tapi sebagai penganjur majlis, jadi tanggungjawab saya lah untuk jaga semua ni. Tapi macam mana pun, doa kawan2 sekalian masih teramat diharapkan =')

Buat masa sekarang, sabarlah duhai hati. Harap kad yang cantik diperolehi nanti ^_^

Till then, bye ;)