Wednesday, November 20, 2013

Of Baju Nikah

Bismillah...

Motif buat tajuk entry gitu? Sebab teringat literature sekolah dulu (Sekolah di Kelantan) tajuk Of Bunga Telur and Bally Shoes. Hehe :)

Buat yang dah lupa, ni saya dah google siap2 ;) :

"This short story is about Jamal, a young Kelantanese man who decides to get married. His mother chooses a bride for him - a beautiful, educated, rich and cultured girl. Soon, Jamal gets involved with the wedding preparations and discovers that expenses will be very high. Therefore, he works out a more reasonable budget. However, he still has to raise funds to pay for the expenses. Jamal tries to get a bank loan of RM5000 but rejects it when he finds the loan repayment to be too steep. He is happy to get a small loan of RM1500 from his mother. Finally, on the eve of his wedding, Jamal has no good shoes for his wedding. He had sold his Bally shoes to his Cousin Lan to raise funds for the wedding."


Best kan cerita dia. Rindu zaman sekolah dulu =')

Okey sambung cerita baju nikah saya dan Pak Tam. Since kain yang saya dan Pak Tam dapat masa bertunang dulu dah decided to be baju resepsi (rujuk sini dan sini), kami pon cari yang lain lah untuk buat baju nikah. Warna tema semestinya bukan pure white sebab warna tu kureng sesuai untuk Pak Tam. Lagipun saya memang cam suka warna krim, atau pearl white untuk jadi baju nikah. Nampak soft, ayu gittew.

Nak dijadikan cerita, kakak Pak Tam ke Dubai few months ago. So, alang2 pergi sana, Pak Tam kirim lah satu jubah. Harga saya dah lupa berapa, rasanya lebih kurang RM100. Jenama Othman, saiz macam biasa dirahsiakan. Haha. Bila saya first tengok, saya jatuh chenta. Warna dia cantik!! Masa tu x finalized lagi kot nak beli baju nikah warna apa. But then, ape lagi. Alang2 dah ada baju Pak Tam warna tu, saya suka, dia suka, proceed ~~ ;)

So, untuk nikah, Pak Tam akan pakai jubah. Settle :)

Untuk baju saya pulak, saya duk fikir2 jugak nak buat baju camano, bajet berapa, nak guna kain ape dsb. Yelah. Moment penting kot. Macam2 la fikir kan. Yang pasti, warna dia mesti macam warna baju Pak Tam. Sampai lah satu hari, saya jalan2 kat Jalan Tar, singgah kat Butik Isra. Mula2 memang niat nak usha2 je. Sekali teruja tengok satu baju (just sebab warna dia yang seakan warna baju Pak Tam), tanya2 harga, RM150 je. Wow! Tanya manager boleh x nak beli (Pak Tam penjaga kewangan sebab kalau x, duit bukan lagi mengalir macam air, tapi macam air terjun dah!) Dia pon cakap murahnye? Haha. Bajet lebih kot. :D Tapi bajunye simple je la. Xde kain flowwy, x guna kain chifon, totally xde manik / pearls / lace atau hot fix stones dsb. It just kurung moden, yang ada potongan lain sikit dari biasa. Tu je. Kalau nak beli yang siap ada batu bling2 harga shoot sampai RM200@RM250. Padahal batu tu kalau beli kat Kedai Bunga Riben just RM6.90 kot sepeket. Adoi -.-

Since saya sentiasa ada hormon DIY, saya plan nak topup macam yang dah siap ada batu tu. Balik Jalan Tar, terus iron batu tu kat baju, malam tu jugak siap. Haha. Excited gilos!! :D Mula2 dah puas hati dah camtu. Yelah. Bila kita rasa apa yang kita buat tu dah cantik, macam xberani dah nak tambah jadi lagi cantik. Sebabnya, bila kecantikan tu memang rupa2nya dah sampai tahap maksimum, apa2 yang ditambah lepas tu boleh menyumbang kepada kehodohan plak.. Hu  Panjang pulak buat karangan kecantikan. Haha  

Bila tunjuk kat Umi, dia cakap: Kenapa x guna kain kilat (satin, dsb), kenapa mahal? atoyaiiiii. Umi xsuka ='( Dah la before tu Umi dah reject baju yang akak belikan kat Mesir. ='( Mula2 down la jugak sebab x nak dah spend duit untuk baju nikah yang ke3. 

Nak tak nak, saya abaikan je apa yang Umi cakap tu. Bukan nak menderhaka, tapi Umi pon okey je sebenarnya, just kurang suka. Kira ok lah kan =')

Untuk bagi nampak cantik/berseri sket lagi, saya beranikan diri topup lagi hiasan guna pearl dusty purple and cream. Baru lah nampak better than yang tadi sebab xde lah nampak pucat je kan. Bahkan actually, saya rasa memang jauh lagi cantik dari yang tadi sebab gabungan hot fix stones and pearls memang terbaik! Cubalah ;)

So, here's the teaser

Saya tak tahu lah apa jenis material baju ni, tapi dia x berkilat, x nipis macam chifon. Maybe something's crepe kot. Gambar kat atas nampak cam nipis kan, tapi tu sebab cahaya tingkap.. And memang nanti plan nak pakai inner. Faham2 jelah kalau dah baju putih/cerah ni cane kan. :)


Saya hanya tahu warna baju saya tu off white masa nak beli tudung. Saya tunjuk kain ni, and SA cakap, oh, nak yang Off White. Okey fine~~ Baru tahu :D (Ayat SA lebih kurang)

Tu je nak cerita, till then.. Bye ;)

P/s: Perkataan cantik yang saya guna kat atas tu merujuk kepada pandangan mata saya, tanpa ambil kira orang nak cakap saya perasan ke ape. Hohoho

Umi pon dah makin okey dengan baju ni. Horeyy!