Bismillah...
Alhamdulillah. Ada masa free sementara tunggu raya haji hari tu,
saya pon dengan gigihnya men”DIY” veil nikah dan resepsi. Lagipun kat kampung,
ada nenek dengan Umi yang pandai potong kain. Rasa yakin sket kan. Tapi last2
saya potong sendiri je. Haha. Nak raya kan. Semua pun ada hal masing2. Xpelah.
Saya banyak baca dalam blog lain, B2B ramai yang buat sendiri je veil. Yelah. Kalau beli yang ready made di Jln. Tar atau Facebook, mahu cecah RM180. Kalau 2 veils = RM360. Pokai tunang eden. Muehehe. :D
Saya banyak baca dalam blog lain, B2B ramai yang buat sendiri je veil. Yelah. Kalau beli yang ready made di Jln. Tar atau Facebook, mahu cecah RM180. Kalau 2 veils = RM360. Pokai tunang eden. Muehehe. :D
So, step pertama. Bentangkan kain. Bagi kain rehat betul2
kat atas lantai/meja tanpa ada kedut. Xmo kedut2 tau. Nanti bila dah potong
veil jadi x cantik lak.
Pastikan xde kedut k |
Ok. Bentang cantik2 k. Then, letak kain “template” atau acuan
yang kita nak ikut. Saya letak kain pink tu. Hati2 masa potong kain tu, sebab kain dia jenis lembut, mudah jadi senget. FYI, saya buat veil nikah guna kain chiffon. And kalau tak silap, saya beli kain tu semeter setengah di Jakel Jalan Tar. Total harga kain je lebih kurang RM13.50. Kalau dibandingkan dengan kain chiffon yang saya pernah beli di Gulati's Jalan Tar, kain chiffon ni lebih tebal (tapi masih transparent). Ingatkan okey la sebab harga lebih murah kan (kat Gulati's harga RM24.50 semeter), tapi saya dah tersilap sebab lebih murah kain chiffon, teksturnya lebih tebal. Jadi, untuk buat veil, macam kurang cantik la kan. Huhu.
Ok. Takpe. Teruskan tutorial :D
Dah siap potong. Saya buat bentuk huruf D. |
Gambar 1: Saiz macam veil pink |
Gambar 2: Saiz selepas di resize bagi mencukupkan border lace. Tapi masih tak cukup. Haha |
Okey, saya sebenarnya potong veil pink kat atas tu ikut veil yang dibeli. Cuma saiz diperbesarkan sebab veil yang tu cam singkat untuk dipakai dengan baju nikah dan dress. Kira macam saya nak veil labuh sampai bawah pinggang la untuk my big day.
Saya potong kain pink ikut veil putih tu, cuma saiz diperbesarkan lagi |
Saya ikut veil putih tu untuk buat veil pink, and guna veil pink untuk buat veil nikah. Faham? :3 Gambar hari pertunangan, bersama adik |
Sambung tutorial. Okey. Dah border lace x cukup, apa masalahnya? Beli je la lagi. Tambah apa yang kurang kan?
Yup. Itu memang solusinya. Tapi, saya kan kat kampung, kat Kelantan. Saya beli border lace tu kat Jalan Tar. Ni kes malas nak menapak ke sana la ni. Tak, tak. Saya bukan kedekut. Hehe. Sebenarnya, boleh je saya beli masa saya dah balik Kl nanti, tapi entah. Mungkin sebab saya pon just potong kain tu ikut suka, jadi proses me"resize" bukanlah halangan yang besar. Dan lagipun, saya memang serius macam dah malas nak alirkan duit. Sekarang proses guna apa yang ada, maksimumkan kreativiti. Gitttewwww~~
So, saya teruskan proses resize. Kain chiffon yang dah jadi capital D tu, saya lipat 2, tengok mana yang x centre, buang apa yang patut. Macam ni.
Teruskan je proses tu, sampai la kita puas hati dengan bentuk dan border lace yang cukup. Haha
Ha, macam ni :D |
Border lace tu saya beli di Kedai Bunga Riben Jalan Tar. Harga RM15.90 kot semeter yang ada 2 sides. Saya beli semeter setengah kot (so, total ada lebih kurang 3 meter). Ingatkan dah cukup la. Hari tu siap cam nak bagi mak cik lagi. Upenye, kita pon terkial2 jugak lagi :3
Potong border lace |
Okey. Dah siap wat bentuk D, saya hantar jahit tepi. Hantar di Kedai Jahit Bulan Terang di Kubang Kerian, harga dalam RM2.50 je.
Dah siap jahit tepi, saya jahit la border lace cam kat atas tu. Sekarang belum siap, tapi ideanya macam tu lah. Lepas da siap jahit border lace, nak tambah pearls. Full result? Akan diupdate lepas nikah nanti..... ;)
Buat hilang lelah menanti, cuci mata dengan ini.....
Till then, bye :)
Update: Saya dah tukar design veil saya, sebab saya akhirnya akur dengan kata hati yang inginkan konsep veil yang ada bentuk segi tiga di kepala, dan ikatan pearl di sekelilingnya.
Idea lebih kurang macam ni. Saya berkenan dengan bentuk segi tiga atas kepala tu. Sumber sini. |
Tutorial DIY Veil Part 2
No comments:
Post a Comment