Pages

Saturday, October 26, 2013

Tutorial #3: DIY Hiasan Kasut

Bismillah...

Tak tahu nak cakap entry ni adalah tutorial atau pun tak sebenarnya. Tapi, anggap je la tuto k. :D

Okey. Semalam saya keluar ke Jln. Tar lagi. Ada few things nak kena beli, termasuk kasut untuk pakai masa majlis nanti. So, lepas jalan2 ke sana sini, saya dan kawan2 singgah kedai Bata. Walaupun dalam hati dah tahu kasut di kedai Bata macam kurang sesuai untuk buat kasut nikah, saya ter"berkenan" dengan kasut kat bawah ni.

Note buat B2B: Pengantin haruslah pakai kasut masa majlis tau. Kalau pakai sandal/selipar, kurang santek gitu. Saya pilih kasut design terbuka sket kat depan, sebab saya memang minat sangat design camni ^_^



Warna beige, saiz dirahsiakan. Haha

Harga kasut ni hanyalah RM30. Clearance stok kot. Mungkin sebab warna dan design dia yang macam simple natural gitu, saya pon decide untuk beli. Alhamdulillah ada saiz. Mintak pendapat kawan, sesuai ke untuk buat kasut nikah. Bagi dorang, kasut ni simple sangat. Kawan siap tunjuk kasut heels warna merah cili yang bila kita tanggalkan kasut tu kat kenduri atau mana2 majlis, orang akan bayangkan tuan kasut tu pakai baju warna merah cili, bawak handbag warna merah cili, and pakai lipstik warna merah cili. Haha. Tapi, sejujurnya saya pon rasa kasut warna merah cili tu cantik. Cuma sebab saya bukan lah gadis merah2 cili, saya x la beli yang tu :)

So, saya pon tetiba datang mood nak menDIY. Google sana sini, saya pun mulakanlah projek DIY hiasan kasut saya. 

Memandangkan ni first time saya DIY pada kasut, banyak pulak negativeness nya. Mula2 saya jahit jelujur manik. X cantik. So, kena buka. Second, saya letak gam Uhu and letak manik rapat2 konon nak bagi nampak cantik. Tengok2 x cantik gak. Third, saya letak gam Uhu and tabur manik jarak2. Cantik. Tapi, bila dah siap sebelah kasut and dalam proses buat lagi sebelah kasut, saya perasan banyak manik yang jatuh. Maksudnya, manik dengan gam Uhu pada kasut bukanlah sahabat yang baik. Emmm. Termenung sekejap. Nak buat camano lah ni. Kena lah Google pasal gam kasut plak.

Akhirnya saya decide untuk guna Gam Cap Gajah. Walaupun tahu risiko gam ni susah nak tanggal kalau dah terkena tangan, saya tetap nak teruskan gak. Hinggalah akhirnya, saya tiba2 semangat untuk start menjahit balik. Cuma kali ni, saya x nak dah jahit jelujur macam awal2 tadi, tapi saya nak buat macam ala2 tabur pakai gam Uhu, cuma ni versi jahit.

Saya gigihkan diri jahit manik satu persatu, hingga akhirnya terhasil sesuatu seperti ini... :)



Since kasut perempuan harus berbunga, saya gunting bunga pada lebihan kain lace baju resepsi, and top up sket pada kasut. Hasilnya...


Gambar yang dah di edit, bagi nampak vogue gittew. Haha


Dah siap! Yeay!! Yang bunga pearls tu senang je nak jahit. Letak 1 pearl kat tengah, then cucuk 6 pearls lagi, jahit lah keliling pearl tengah tu :)

Sekarang, kasut ni dah x dapat dijumpai di mana2 kedai ;) Ke ada eh?

Beberapa tips untuk anda yang berminat nak tambah hiasan pada kasut:

  • Please take note yang menjahit pada kasut x semudah menjahit pada kain. Sebabnya, material kasut sangat berbeza daripada material kain. Senang cerita, kasut ni lebih liat daripada kain. So, kemungkinan untuk jarum patah tu ada. Sila berhati2, dan pastikan anda gunakan jarum dan benang yang berkualiti tinggi k.
  • Untuk kurangkan kesakitan pada jari masa nak tolak jarum masuk dalam kasut, boleh lapik kain yg tebal dekat penghujung jarum tu (belakang tempat cucuk benang). 
  • Potong pendek siap2 lebihan benang pada kasut atau selepas benang disimpulkan, sebab bila dah jahit manik, susah dah nak selitkan gunting celah2 manik tu.
  • Pastikan apa2 hiasan yang ditambah tu x mengganggu pergerakan anda. Jangan makin menyusahkan nak berjalan sudah la. Huu



And well, I'm now a happy B2B ^_^

Till then, bye ;)

No comments:

Post a Comment