Bismillah... :)
Alhamdulillah, hari ni 12 Julai bersamaan 3 Ramadhan. Maksudnya pejam celik pejam celik dah 2 hari Ramadhan berlalu kan. Hari ni bakal menyambung perjuangan di hari ketiga. Dah ada yang berkira-kira berapa hari lagi nak raya? Meh aku cepuk laju2. Hehe.
Teringat semasa di Asasi Pengajian Islam Nilam Puri beberapa tahun lalu, ada pensyarah ceritakan suasana Ramadhan di Timur Tengah. Daripada situ, barulah saya tahu, biasanya apabila bulan Ramadhan, masyarakat di sana akan saling mengucapkan "Ramadhan Kareem" sesama mereka. Dan si penerima ucapan pula akan membalas "Allahu Akram" yang bermaksud Allah lebih Mulia :). Seronok kan sambutan Ramadhan mereka. Ucapan yang saya kira menghidupkan lagi Ramadhan. Kita di Malaysia, belum puasa pun lagi, promosi Aidilfitri sudah terlihat di kaca TV -.-" Tapi bak kata orang, lain padang lain belalang kan. Semoga Malaysia suatu hari nanti akan lebih kondusif untuk kemuliaan bulan Ramadhan berbanding hari raya. Amiin =')
Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas kekhilafan yang pernah saya lakukan. Mari saling memaafkan agar ibadah dapat ditunaikan dengan lebih tenang. Maafkan saya ya ;)
Berikut saya selitkan status Facebook Ustazah Fatimah Syarha bertarikh 9 Julai 2013:
"Siapa berpuasa ramadhan dengan iman dan 'cari sungguh-sungguh', pasti diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."{HR Bukhari Muslim}Peluang baik!Nak tak menjadi bagai kain putih kembali?Hmm. Apa lagi?Moga kita ada 'bright start' tonite, insya Allah.Apa nak buat malam ni?Duduk.Tulis.Atur.
Masih belum terlambat untuk kita menjadi bagai kain putih kembali. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini, di mana ganjaran pahala digandakan dan dibuka pintu taubat seluas-luasnya. Ayuh gapai redha Allah. Rancang masa kita, biar benar-benar terisi dengan perkara yang baik-baik. (Nasihat untuk diri saya juga). Saya doakan kita semua berjaya peroleh ijazah taqwa. Amiin =')
Beberapa tips bergambar. Sumber: Facebook The Muslim Show |
6th Sense =') |
No comments:
Post a Comment