Sunday, December 22, 2013

Tutorial Bunga Tangan

Bismillah...

Kawan B2B! Semalam kan, saya buat bunga tangan. Kos dia lebih kurang RM6 je. Murah kan! :D


Ok x? Hehe
                 
Murah kan kos dia. Ok, sebenarnya yang buatkan bunga tangan tu jadi murah, sebab saya guna bunga yang sedia ada kat rumah. Bunga gubahan hantaran daripada pihak lelaki masa bertunang dulu.

Hantan tunang 5 dulang

Ha.. Cantik kan gubahan diorang. Saya bagi simple2 je. Rasa bersalah pulak. Malam bertunang baru decide nak bagi hantaran and beli barang2 gubahan. Hmm... Oh btw, saya ada tanya Pak Tam sama ada dia nak guna lagi ke barang2 gubahan tunang dulu and dia cakap tak nak, saya pun olah la jadi sesuatu. Hehe

Barang2 yang perlu ada untuk buat bunga tangan:
1. Jarum peniti
2. Pemegang bunga tangan
3. Bunga (saya guna bunga foam warna merah dan krim)
4. Riben

Saya pinjam gambar pemegang hb di atas daripada http://mizaien.blogspot.com/2011_12_01_archive.html

Untuk makluman, pemegang bunga tangan ni ada 2 jenis: 1 untuk guna bunga plastik, 1 untuk guna bunga segar. Perbezaan dia pada bahagian span, untuk bunga segar dia punya span jenis yang mampu serap air (untuk elakkan bunga tu layu). Harga dia RM 6 kot. Untuk bunga plastik lak, harga dia RM5.50 di Kedai Bunga Tomei Jalan Tar.

Bunga tu plak, yang saya usha2, ada jual kat kedai yang jual barangan hantaran macam Kedai Bunga Tomei dan lain-lain. Kalau x silap, Mydin pun ada jual. Tang harga, saya x sure sebab dah x ingat, plus saya guna bunga sedia ada je. Kalau perhatikan, dekat setiap bunga kat gambar hantaran tu ada kain renda kan. Ha, saya buang yang tu nak bagi nampak macam guna bunga real. ^_^

Ok. Mari mulakan misi. Senang je. ;)

1. Cucuk bunga foam tu pada pemegang bunga tangan, kat centre dia. Sematkan jarum peniti.
2. Susun lagi bunga-bunga foam tadi sampai penuh 1 pemegang bunga tangan tu + sematkan jarum peniti secukupnya.
3. Ikat riben, dan letakkan riben bahagian bawah bunga foam row paling bawah. Sematkan jarum peniti lagi.
4. Dah siap!! :D

In the making.

                                       
Idea asal nak letakkan 2 row bunga warna putih. Tapi macam x cantik je, tu yang letak 1 row je, row paling bawah

Macam ni

Rupa tika dipegang. Thank adik jadi pembantu aka model


Tu je nak cerita, moga bermanfaat. Till then, bye ^_^