Pages

Thursday, July 18, 2013

Dah Dapat Tengok Result, Alhamdulillah =')

Bismillah....


Dah 2 hari kot tido termimpi2 kan result exam. 2 hari lepas (16 Julai 2013) kawan2 fakulti lain dapat result. Semalam plak (17 Julai 2013) kawan2 satu kos dapat result. Mine masih x dapat dilihat sebab ada hutang. Dan ada konflik sket kt rumah sebab umi minta xpayah bayar lagi. Tapi, sebab risau kot2 ada subjek yang perlu ditebus (C-), saya dah buat muka semalam. Mungkin sebab itu, abah bagi RM873 untuk bayar yuran. Lepas dah bayar (guna internet banking), masih x boleh tengok result. Waaaaaaaaa. Makin jadi risau, takut2 tersalah steps and takut salah bank in pada orang lain. 


Petang dan malam semalam duk asyik reload result tapi xdapat2. Tadi alhamdulillah dah dapat check. Perkara pertama yang dicari: Subjek C- sebab hanya ada 2 minggu kot untuk tebus. Before tu dalam kepala risau sangat pada Subjek Immunology Dr. Hayati and Basic Biochemistry Dr Sim Kae Shin and Dr. Gokula Mohan sebab hari tu siyes rasa down pada 2 papers ni. (Nanti kalau kena repeat, segan nak jumpa balik Dr. Gokula sebab hari tu dia dah puji saya. Huuuuu). Tapi bak kata Dr. Fatimah Syarha dalam bukunya, manusia cepat sangat risau pada benda xpasti. Allahhhh T_T

Tak ada result yang dapat C+ ke bawah, dan subjek yang distudy pukul 1 malam sebelum exam dapat A (subjek Ulum Quran). GPA dan CGPA menaik walaupun sikit, Alhamdulillah. Kawan2 yang rapat mesti tahu betapa saya down pada musim exam hari tu. Sebelum exam ada la ayat "Saya dah xnak belajar... Nak duk rumah tanam jagung...". Kepada Allah ku panjatkan syukur. Kepada kawan2, keluarga dan tunang ku sangat2 berterima kasih pada kalian atas tunjuk ajar, nota, sokongan dsb. Kepada Umi Abah, er. Kena pergi buat sesuatu untuk tebus balik pasal semalam =')

Result segan nak ditunjuk. Hehe
Allah jua yang lebih tahu apa yang terbaik buat kita kan? Moga2 nikmat yang saya dapat hari ni bukan istidraj =')

Monday, July 15, 2013

Baju Resepsi #1: Umum

Bismillah...


Terasa nak buat entry tentang baju kahwin :)

Untuk majlis nanti, saya masih berkira-kira design mana yang nak dipilih untuk majlis resepsi. Kain dah ada sebab dah dibeli kira-kira seminggu sebelum bertunang 24 Mac lalu, dan dah pun dihantar pada tailor dengan design yang ada kat kedai dia. Tapi bila fikir-fikirkan balik, saya rasa macam nak ubah design sebab design tu macam simple sangat. Macam kurang kena lak untuk dibuat baju resepsi sebab saya ingat nanti tak nak sewa baju daripada bridal dah. Rasa x berbaloi dengan bayaran+saya nak ada satu baju kenangan. Hehe. Lagipun kami dah ada kain yang macam kat bridal, so why not jahit je design yang sesuai kan?

Pada asalnya, memang niat beli kain tu sebab nanti nak jahit baju kurung je, tapi rupanya kain yang kami pilih kurang sesuai untuk dibuat baju kurung. Boleh buat, tapi mungkin akan kurang cantik. Kami (saya, tunang dan seorang kawan yang sudi temani kitorang) pilih satin duchess+lace untuk dibuat hantaran bertunang sebab satin duchess nampak ekslusif. Itu je. Masa pilih kain dulu, staf kat kedai tu ada cakap, kain ni sesuai dibuat dress. Tapi entahla. Masa tu kurang buat research, so x amek port sangat apa dia cakap. Mana tidaknya, kami bertunang lebih kurang seminggu lepas umi bagi green light. Kalau x silap, 16 Mac umi cakap on, 17 Mac kitorang keluar beli barang, seminggu kemudian bertunang. Tak banyak persiapan boleh dibuat sebab saya masih belajar+masa kurang+xde bajet sangat pun. =') Kami beli kain tu di Gulati's Store Jalan TAR. Dari segi harga, xde lah jauh beza daripada pakej satin+lace yang dah ada, tapi overall agak mahal jugak la. Boleh PM saya untuk harga kain ye. FYI, Staf yang bantu kami memang sangat best. Tak buat muka pun walaupun saya agak cerewet dan banyak tanya. Dia membantu dengan jayanya. Hehe.


Antara hantaran tunang pihak lelaki+perempuan. Yang kat second column tu lah kain yang dimaksudkan. Actually, memang kami dah alert dah kain tu agak tebal, tapi rasa berkenan sebab ekslusif tu mengatasi segalanya. Ngehehe. :p

Gulati's Jalan TAR.
Sumber: http://visit-malaysia.yinteing.com/2012/02/15/down-memory-lane-in-jalan-tuanku-abdul-rahman/
Kain untuk saya 3.5 meter satin duchess + 2 meter kain lace. Untuk lelaki pula, 4 meter satin duchess kain bidang 60. Bila masuk fasa hantar pada tailor, barulah saya tahu kain yang dibeli tak sesuai buat baju kurung, sebab kain dia keras. Huhu. Then baru saya sedar, sepatutnya sebelum beli kain, memang kena buat research dulu. Tak banyak, sikit pun cukuplah, asal ada basic dalam pemilihan kain. Kalau nak lebih baik, minta pendapat tailor dulu. Kain apa sesuai dengan kita, kalau design yang kita nak tu, perlu berapa meter kain dan sebagainya. Macam saya, akak tailor cakap kain yang saya beli lebih dari cukup. Tiba-tiba rasa dah membazir di situ. Huhu. FYI, saya hantar kain kat tailor di Bangunan Mara berdekatan Sogo. Thanks buat ex B2b kat blog ni sebab dari situ saya dapat idea kat mana nak jahit baju. Tapi saya tak la jahit di butik yang sama dengan akak tu. Hehe. Harga yang kedai-kedai kat situ letak berbeza-beza. Kalau rajin survey, akan jumpa kedai yang harganya lagi murah berbanding kedai lain.

Untuk baju Pak Tam, kami hantar kat tailor dalam Pasar Rakyat and just jahit baju melayu je walau kain tu sesuai buat baju jaket trend pengantin sekarang. Pak Tam tak nak buat ala jaket sebab nanti lain kali kan Baju Melayu masih boleh dipakai buat raya atau attend apa-apa majlis. Kalau diikutkan, baju Pak Tam dah pun siap. X sabar nak tengok nanti >.< Untuk kedai yang kami pilih, saya akan update lepas dah ambil baju nanti, insyaAllah :)


Bangunan Mara lama. Sumber dari sini.
Pasar Rakyat. Dalam ni banyak sangat tailors. Kami hantar baju Pak Tam kat dalam ni. Sumber klik sini.

Gambar ni Pak Tam upload kat FB dia 16 Mac 2013. Saya yang baru lepas bersembang dengan umi di telefon, terus komen kat situ "umi ckp on!". Then, Pak Tam kol untuk sahkan. Syukur+excited dia nya. Unik tak cara kami? Haha. Esoknya 17 Mac 2013 kami pergi Jalan Tar beli apa yang patut. Dan seminggu kemudian jadilah kami Bride and Groom-to-be. Doakan kami  ;)

Dah panjang lebar saya berceloteh. Till then, bye ;)